لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket Photobucket

BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Isnin, 23 Januari 2012

Al-Quran : Nama-Nama Surah Di Dalamnya

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين

Nama-Nama Surah Di Dalam Al-Quran;

Firman Allahu Subhanahu Wa Ta'ala dalam Kitab-NYA yang Agung;

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,"
(Surah Al-Baqarah: Ayat 2)


Dan Allah Berfirman lagi, mafhumnya;

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

(Al Qur'an) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.
(Surah Ali-Imron: Ayat 138)

Maha Benar Allah dalam segala Firman-NYA.



Nada Murni Full: Nama-Nama Surah Di Dalam Al-Quran



Dari Usman bin Affan ra. dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam ia bersabda;

“Sebaik-baik kalian adalah yang belajar Alquran dan mengajarkannya kepada orang lain”.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Ijtima' Tarbawi : ' Gua Ikut Enta '

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين



Selamat Menonton !
Ambil Iktibar,

Ayuh Pemuda !
Pakat Ramai-Ramai Turun Ijtima' Tarbawi !











Rabu, 26 Oktober 2011

Ijtima' Tarbawi : 28, 29 & 30 Oktober 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين

Insya-Allah !
Jom Pakat Ramai-Ramai Turun !


Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS

Peringkat Kebangsaan 2011.

KUIZM Taman Melewar.

' Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihanraya '



Sumber : Ijtima' Tarbawi 2011, Susun Atur Majlis



Hari Pertama : 28 Oktober 2011 - Jumaat
_______________________________________

3.00 - 4.00 pm :
Pendaftaran peserta


4.20 - 5.00 pm :
Solat Asar dan Al Mathurat


5.15 - 5.45 pm :
Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah


5.50 - 6.30 pm :
Urus dan Hemat diri


6.35 - 7.10 pm :
Tafakkur dan Munajat


7.15 - 7.30 pm :
Solat Maghrib berjamaah


7.35 - 8.30 pm :
Kuliah Maghrib:
Oleh: Al Fadhil Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Aam PAS


8.40 - 8.55 pm :
Solat Isyak berjamaah


9.00 - 9.30 pm :
Makan Malam


9.40 - 11.40 pm :
Majlis Perasmian

Oleh:
Syeikh Ahmad Najjar [ HAMAS Palestine ]

Yb Salahudin bin Ayub

Ustaz Nasrudin Hassan

Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz


12.00 am :
Program ditangguhkan dan tidur



HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011 - Sabtu
_____________________________________

4.30 - 5.10 am :
Qiamullail dan munajat


5.30 - 6.00 am :
Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat


6.10 - 6.50 am :
Kuliah Subuh:
Oleh: al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


7.00 - 8.00 am :
Khidmat Diri dan Sarapan Pagi


8.30 - 9.20 am :
Taujihat Amal Tarbawi 1:
Oleh: Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen


9.30 - 10.20 am :
Rehat


10.30 - 11.45 am :
Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi

Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin Aman Razali at Takiri

Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader


12.00 - 12.50 pm :
Makan Tengahari


1.00 - 1.20 pm :
Solat Zuhur berjamaah.


2.00 - 3.30 pm :
Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Lanskap Politik Semasa

Ahli Panel :
Dato' Mustafa Ali

Ustaz Dato' Abu Bakar Chik

Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban


4.30 - 5.10 pm :
Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat


5.15 - 6.10 pm :
Bina jaringan Ukhuwwah


6.15 - 7.10 pm :
Rehat dan Makan Malam


7.15 - 7.30 pm :
Solat Maghrib berjamaah


7.35 - 8.35 pm :
Kuliah Khas : PAS dan Ijtihad Politik
Oleh : al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin bin Mat Isa [ Ahli Majlis Syura Ulama' ]


8.40 - 9.00 :
Solat Isyak berjamaah


9.30 - 11.30 pm :
Ceramah Pentas Pemuda

Penceramah:
Dr. Kamal Al Helbawi

Tuan Haji Muhammad bin Sabu - Timbalan Presiden PAS Pusat

Mahfuz Umar - Naib Presiden PAS

Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia

Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM) - Alu-aluan

Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM) - Pengerusi



12.00am :
Program ditangguhkan



HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011 - Ahad
___________________________________

4.30 - 5.40 am :
Qiamullail dan munajat


5.50 - 6.30 am :
Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat


6.35 - 7.20 am :
Kuliah Subuh:
Oleh : Ustaz Idris Ahmad [Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat]


7.30 - 8.30 am :
Khidmat Diri dan Sarapan pagi


9.00 - 10.00 am :
Wacana Khas Pemuda :
Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda
bersama : Ust Nasrudin Tantawi, Ust Nik Mohd Abduh dan Dr. Raja Iskandar al Hiss


10. 05 - 11.00 am :
Rehat


11.05 am - 12.35 pm :
Talaqqi Surah As Saff . vol 1
Oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang


12.40 - 1.30 pm :
Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah


1.40 - 3.30 pm :
Talaqqi Surah As Saff . vol 2
Oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang


3.40 - 4.40 pm :
Perasmian Penutup:
oleh Ustaz Nasrudin Tantawi , Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss dan Sany Hamzan [Pengarah JPP DPPM ]


4.45 pm :
Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai


Semuga Allah permudahkan segala urusan kita. Bi Iznillah !
Selamat Beramal Kerana Allah Ta`ala.

Selasa, 25 Oktober 2011

Tudung Labuh : Mengapa?

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين



Bertudung Labuh Itu Dimuliakan Allah..
Insya-Allah !


Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha, penulis novel Seindah Mawar Berduri dan Musafir Syabab Kasih, menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.


Sumber : Blogger : Terbang | Lihat | Tafsir


“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?”

Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.


Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.


Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.


Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.


Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.


Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!


Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?


Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.


Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

.............................................


Sejak kecil, Abah sangat melarang saya memakai tudung tiga segi yang labuhnya sedikit cuma dari bahu. Tapi kerana biah saya di MRSM yang mewajahkan tudung labuh sebagai jumud, saya protes.

Saya mula bertudung labuh dengan kerelaan sendiri sejak mendaftarkan diri ke Matrikulasi pada 15 Mei 2006. Dimulakan dengan tudung empat segi bidang 60.


Kenapa saya melabuhkan tudung?

Saya takut melihat iklan-iklan dan tayangan di televisyen tentang mahasiswi di IPT. Pakaian ketat, pergaulan bebas. Itulah bayangan saya tentang universiti.

Jesteru, saya mahu tudung menjadi perisai diri, secara tidak langsung sebagai tanda 'Hey, treat me like a proper muslimah!'


Tudung Sebagai Pelindung

Boleh kata setiap hujung minggu saya perlu keluar ke negeri-negeri lain sewaktu menuntut dulu. Pasti, kenderaan awam seperti bas dan keretapi akan saya guna.

Tudung labuh bulat akan saya kenakan bila bermusafir dengan kenderaan awam. Ia banyak menyelamatkan saya.

Dalam bas atau keretapi, selalunya lelaki tak akan duduk disebelah saya. Yang peliknya, dia boleh selamba duduk dengan perempuan lain. Mungkin dia segan pada penampilan saya. Alhamdulillah, selamat.

Kalau naik keretapi waktu puncak di KL Sentral atau lebih lagi di Bank Negara, saya tak risau dihimpit lelaki. Ramai yang akan beri ruang kepada saya, dan mereka tak berani untuk merapat. Alhamdulillah, selamat!


Tudung Labuh Sebagai Pemberi Hormat

Percaya atau tidak, saya dan rakan-rakan pernah diberi tempat duduk di dalam keretapi, hanya kerana kami bertudung labuh dan berjubah, sedangkan lebih ramai manusia sedang berdiri.

Bila membeli belah, peniaga akan menjaga tangan mereka sewaktu menghulurkan wang baki. Lucu juga, tapi itulah tandanya dia hormat.


Tudung Labuh Sebagai Warden

Satu hal saya perasan, pakaian akan mengawal tingkah laku saya. Bila saya memakai T-Shirt dan seluar, saya suka berlagak lelaki. Hatta di dalam rumah sekali pun.

Tapi bila memaki tudung labuh, berjubah atau baju kurung, saya rasa lebih feminin. Langkah saya lebih terjaga, tidak melompat ke sana ke mari.

Ya, tidak dinafikan ada sahaja sebilangan bertudung labuh yang akhlaqnya lebih teruk dari yang tidak bertudung. Tapi sekurangnya dia berani untuk bermujahadah dengan persepsi orang terhadapnya, sekurangnya dia telah selesai bahagian auratnya.

Moga tindak tanduk kita semuanya digerakkan oleh Allah.

Jumaat, 14 Oktober 2011

MATI : Husnul Khotimah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين



TANDA-TANDA HUSN AL-KHATIMAH



Perkongsian pada kali ini berkaitan dengan husn al-khatimah.Sudah pasti setiap Muslim mengimpikan kematian dalam iman(kesudahan yang baik).Tetapi husn al-khatimah perlulah diusahakan dari awal usia kerana mati itu bila-bila masa sahaja.

Antara tanda-tanda husn al-khatimah ialah :

1. Diakhiri dengan lafaz syahadah,
Daripada Mu'az r.a bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La Ilahaa Illallah' maka dia dimaksudkan ke dalam syurga." (riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

2. Dahinya berkeringat,
Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata: "Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda (maksudnya):'Matinya seorang Mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (riwayat Ahmad, al-Nasa'i, al-Tirmizi, Ibn Majah dan lain-lain)

3. Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat,
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pasa malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya daripada seksa kubur".(riwayat Ahmad)

4. Mati dalam keadaan sedang melakukan ibadah,
Seperti mati ketika sedang solat, puasa, umrah, haji atau berjihad.

5. Pujian daripada orang Islam terhadap si mati.

Ya Allah, jadikan kami antara hamba-MU yang mendapat Husn al-khatimah.. Amiin..



Sumber : Nada Musfirah

Khamis, 13 Oktober 2011

Al-Quran : Ayuh Beramal !

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين




Kelebihan Beramal Dengan Al-Quran

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Nota: Bukanlah kita beramal untuk mendapatkan kelebihan. Amal perlu kepada Ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Adapun kelebihan (hikmah) hanya wujud sekiranya kita beramal dengan penuh yakin dan Ikhlas. Insya-Allah.

Sumber : Sayang Ulama

Kota Makkah : Ummul Qura

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين


Ummul Qura merupakan sebutan khas untuk Kota Mekah Al-Mukkaramah. Seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran melalui firmannya yang bermaksud:

"Dan ini (al-Quran) adalah kitab yang kami turunkan dengan penuh berkah; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya agar engkau memberi peringatan kepada (pendudukan) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang ada disekitarnya. Orang-orang yang beriman kepada (kehidupan) akhirat tentu beriman kepadanya (al-Quran), dan mereka selalu memelihara solatnya".- Al-An'am, 6: 92

Manakalah di dalam bible Kota Mekah disebut sebagai Bakkah, seperti mana yang disebutkan di dalam bible:

"Berbahagialah manusia yang kekuatannya di dalam engkau yang berhasrat mengadakan ziarah, apabila melintasi lembah Bakkah (Mekah) mereka membuatnya menjadi tempat yang bermata air (Zam-zam , bahkan hujan pada awal musim menyelubunginya dengan berkat.”- Mazmur fasal 84: Ayat 6-7

Para ahli tafsir berpendapat bahawa ungkapan ini merujuk kepada Kota Mekah. Kota Mekah terletak di perut lembah yang dikelilingi oleh bukik dari segala arah, dari sebelah timur terbentang bukit Abu Qubais (Jabal Abu Qubais) dan dari barat dibatasi oleh dua bukit Qa'aiqa dan keduanya terbentuk bulan sabit mengelilingi perkampungan Kota Mekah.

Kota Mekah merupakan kiblat kaum muslimin sekaligus sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sebenarnya di dalam bible sendiri telah menyebut supaya penganut agama Kristian ketika beribadat wajib menghadapkan muka mereka ke arah kiblat iaitu Kota Mekah. Sama ada perkara tersebut mereka tidak ketahui ataupun mereka buat-buat tidak tahu, itu saya tidak pasti. Apa yang boleh saya katakan semoga mereka mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah SWT.

Ribuan tahun dahulu Kota Mekah hanyalah sebuah tempat persinggahan kafilah daripada Yamn ke Syam dan Syam ke Yaman. Kini Kota Mekah merupakan satu tempat yang dikunjungi oleh manusia dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadah Haji kepada Allah SWT.

Kota Mekah merupakan tempat yang paling diberkahi kerana tempat ini merupakan tanah kelahiran Rasulullah SAW. Di sekitar tempat ini juga Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan oleh Allah SWT (Jabal Rahmah) setelah terpisah. Di tempat ini juga, Nabi Ibrahim dan keturunanya (Nabi Ismail) mula membangunkan peradaban manusia dengan membina kembali Ka'abah sebagi rumah suci dan Baitullah.

Prof Hussain Kamel telah mengejutkan dunia apabila mengemukakan teori bahawa Kota Mekah adalah pusat bumi. Pada mulanya dia meneliti dua cara untuk menetukan arah kiblat di bandar-bandar besar di dunia. Untuk tujuan tersebut, dia menarik garis-garis pada peta dan sesudah itu dia mengamati dengan saksama posisi ketujuh benua terhadap Mekah dan jarak masing-masing. Setelah dua tahun melakukan kajian sukar ini, akhir keputusan dapat diperolehi bahasa Kota Mekah adalah pusat bumi.

Penjaga Kota Mekah pada masa kini diserahkan kepada pemerintahan Arab Saudi. mereka menamakannya dengan Khadim Al-Haramain yang bermaksud "Pelayan atas dua kota haram, Mekah dan Madinah".

Sumber: Tinta Muallaf.Com