Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH. Papar semua catatan

Isnin, 23 Januari 2012

Al-Quran : Nama-Nama Surah Di Dalamnya

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين

Nama-Nama Surah Di Dalam Al-Quran;

Firman Allahu Subhanahu Wa Ta'ala dalam Kitab-NYA yang Agung;

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,"
(Surah Al-Baqarah: Ayat 2)


Dan Allah Berfirman lagi, mafhumnya;

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

(Al Qur'an) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.
(Surah Ali-Imron: Ayat 138)

Maha Benar Allah dalam segala Firman-NYA.



Nada Murni Full: Nama-Nama Surah Di Dalam Al-Quran



Dari Usman bin Affan ra. dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam ia bersabda;

“Sebaik-baik kalian adalah yang belajar Alquran dan mengajarkannya kepada orang lain”.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Ijtima' Tarbawi : ' Gua Ikut Enta '

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين



Selamat Menonton !
Ambil Iktibar,

Ayuh Pemuda !
Pakat Ramai-Ramai Turun Ijtima' Tarbawi !











Selasa, 25 Oktober 2011

Tudung Labuh : Mengapa?

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين



Bertudung Labuh Itu Dimuliakan Allah..
Insya-Allah !


Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha, penulis novel Seindah Mawar Berduri dan Musafir Syabab Kasih, menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.


Sumber : Blogger : Terbang | Lihat | Tafsir


“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?”

Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.


Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.


Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.


Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.


Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.


Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!


Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?


Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.


Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

.............................................


Sejak kecil, Abah sangat melarang saya memakai tudung tiga segi yang labuhnya sedikit cuma dari bahu. Tapi kerana biah saya di MRSM yang mewajahkan tudung labuh sebagai jumud, saya protes.

Saya mula bertudung labuh dengan kerelaan sendiri sejak mendaftarkan diri ke Matrikulasi pada 15 Mei 2006. Dimulakan dengan tudung empat segi bidang 60.


Kenapa saya melabuhkan tudung?

Saya takut melihat iklan-iklan dan tayangan di televisyen tentang mahasiswi di IPT. Pakaian ketat, pergaulan bebas. Itulah bayangan saya tentang universiti.

Jesteru, saya mahu tudung menjadi perisai diri, secara tidak langsung sebagai tanda 'Hey, treat me like a proper muslimah!'


Tudung Sebagai Pelindung

Boleh kata setiap hujung minggu saya perlu keluar ke negeri-negeri lain sewaktu menuntut dulu. Pasti, kenderaan awam seperti bas dan keretapi akan saya guna.

Tudung labuh bulat akan saya kenakan bila bermusafir dengan kenderaan awam. Ia banyak menyelamatkan saya.

Dalam bas atau keretapi, selalunya lelaki tak akan duduk disebelah saya. Yang peliknya, dia boleh selamba duduk dengan perempuan lain. Mungkin dia segan pada penampilan saya. Alhamdulillah, selamat.

Kalau naik keretapi waktu puncak di KL Sentral atau lebih lagi di Bank Negara, saya tak risau dihimpit lelaki. Ramai yang akan beri ruang kepada saya, dan mereka tak berani untuk merapat. Alhamdulillah, selamat!


Tudung Labuh Sebagai Pemberi Hormat

Percaya atau tidak, saya dan rakan-rakan pernah diberi tempat duduk di dalam keretapi, hanya kerana kami bertudung labuh dan berjubah, sedangkan lebih ramai manusia sedang berdiri.

Bila membeli belah, peniaga akan menjaga tangan mereka sewaktu menghulurkan wang baki. Lucu juga, tapi itulah tandanya dia hormat.


Tudung Labuh Sebagai Warden

Satu hal saya perasan, pakaian akan mengawal tingkah laku saya. Bila saya memakai T-Shirt dan seluar, saya suka berlagak lelaki. Hatta di dalam rumah sekali pun.

Tapi bila memaki tudung labuh, berjubah atau baju kurung, saya rasa lebih feminin. Langkah saya lebih terjaga, tidak melompat ke sana ke mari.

Ya, tidak dinafikan ada sahaja sebilangan bertudung labuh yang akhlaqnya lebih teruk dari yang tidak bertudung. Tapi sekurangnya dia berani untuk bermujahadah dengan persepsi orang terhadapnya, sekurangnya dia telah selesai bahagian auratnya.

Moga tindak tanduk kita semuanya digerakkan oleh Allah.

Jumaat, 14 Oktober 2011

MATI : Husnul Khotimah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين



TANDA-TANDA HUSN AL-KHATIMAH



Perkongsian pada kali ini berkaitan dengan husn al-khatimah.Sudah pasti setiap Muslim mengimpikan kematian dalam iman(kesudahan yang baik).Tetapi husn al-khatimah perlulah diusahakan dari awal usia kerana mati itu bila-bila masa sahaja.

Antara tanda-tanda husn al-khatimah ialah :

1. Diakhiri dengan lafaz syahadah,
Daripada Mu'az r.a bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La Ilahaa Illallah' maka dia dimaksudkan ke dalam syurga." (riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

2. Dahinya berkeringat,
Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata: "Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda (maksudnya):'Matinya seorang Mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (riwayat Ahmad, al-Nasa'i, al-Tirmizi, Ibn Majah dan lain-lain)

3. Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat,
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pasa malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya daripada seksa kubur".(riwayat Ahmad)

4. Mati dalam keadaan sedang melakukan ibadah,
Seperti mati ketika sedang solat, puasa, umrah, haji atau berjihad.

5. Pujian daripada orang Islam terhadap si mati.

Ya Allah, jadikan kami antara hamba-MU yang mendapat Husn al-khatimah.. Amiin..



Sumber : Nada Musfirah

Khamis, 13 Oktober 2011

Al-Quran : Ayuh Beramal !

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين




Kelebihan Beramal Dengan Al-Quran

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Nota: Bukanlah kita beramal untuk mendapatkan kelebihan. Amal perlu kepada Ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Adapun kelebihan (hikmah) hanya wujud sekiranya kita beramal dengan penuh yakin dan Ikhlas. Insya-Allah.

Sumber : Sayang Ulama

Kota Makkah : Ummul Qura

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين


Ummul Qura merupakan sebutan khas untuk Kota Mekah Al-Mukkaramah. Seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran melalui firmannya yang bermaksud:

"Dan ini (al-Quran) adalah kitab yang kami turunkan dengan penuh berkah; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya agar engkau memberi peringatan kepada (pendudukan) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang ada disekitarnya. Orang-orang yang beriman kepada (kehidupan) akhirat tentu beriman kepadanya (al-Quran), dan mereka selalu memelihara solatnya".- Al-An'am, 6: 92

Manakalah di dalam bible Kota Mekah disebut sebagai Bakkah, seperti mana yang disebutkan di dalam bible:

"Berbahagialah manusia yang kekuatannya di dalam engkau yang berhasrat mengadakan ziarah, apabila melintasi lembah Bakkah (Mekah) mereka membuatnya menjadi tempat yang bermata air (Zam-zam , bahkan hujan pada awal musim menyelubunginya dengan berkat.”- Mazmur fasal 84: Ayat 6-7

Para ahli tafsir berpendapat bahawa ungkapan ini merujuk kepada Kota Mekah. Kota Mekah terletak di perut lembah yang dikelilingi oleh bukik dari segala arah, dari sebelah timur terbentang bukit Abu Qubais (Jabal Abu Qubais) dan dari barat dibatasi oleh dua bukit Qa'aiqa dan keduanya terbentuk bulan sabit mengelilingi perkampungan Kota Mekah.

Kota Mekah merupakan kiblat kaum muslimin sekaligus sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sebenarnya di dalam bible sendiri telah menyebut supaya penganut agama Kristian ketika beribadat wajib menghadapkan muka mereka ke arah kiblat iaitu Kota Mekah. Sama ada perkara tersebut mereka tidak ketahui ataupun mereka buat-buat tidak tahu, itu saya tidak pasti. Apa yang boleh saya katakan semoga mereka mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah SWT.

Ribuan tahun dahulu Kota Mekah hanyalah sebuah tempat persinggahan kafilah daripada Yamn ke Syam dan Syam ke Yaman. Kini Kota Mekah merupakan satu tempat yang dikunjungi oleh manusia dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadah Haji kepada Allah SWT.

Kota Mekah merupakan tempat yang paling diberkahi kerana tempat ini merupakan tanah kelahiran Rasulullah SAW. Di sekitar tempat ini juga Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan oleh Allah SWT (Jabal Rahmah) setelah terpisah. Di tempat ini juga, Nabi Ibrahim dan keturunanya (Nabi Ismail) mula membangunkan peradaban manusia dengan membina kembali Ka'abah sebagi rumah suci dan Baitullah.

Prof Hussain Kamel telah mengejutkan dunia apabila mengemukakan teori bahawa Kota Mekah adalah pusat bumi. Pada mulanya dia meneliti dua cara untuk menetukan arah kiblat di bandar-bandar besar di dunia. Untuk tujuan tersebut, dia menarik garis-garis pada peta dan sesudah itu dia mengamati dengan saksama posisi ketujuh benua terhadap Mekah dan jarak masing-masing. Setelah dua tahun melakukan kajian sukar ini, akhir keputusan dapat diperolehi bahasa Kota Mekah adalah pusat bumi.

Penjaga Kota Mekah pada masa kini diserahkan kepada pemerintahan Arab Saudi. mereka menamakannya dengan Khadim Al-Haramain yang bermaksud "Pelayan atas dua kota haram, Mekah dan Madinah".

Sumber: Tinta Muallaf.Com

Jumaat, 30 September 2011

AMAL : MENUNTUT KEIKHLASAN


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين


Alhamdulillah, ingin saya kongsikan dengan anda semua satu hadith yang panjang.

Semoga hadith ini jadi panduan kepada kita semua, Bi Iznillah! Insya-Allah.

Saya ambil daripida kitab kecil yang sangat manfaat isinya. Itulah kitab Bidayatul Hidayah.



Inilah cebisan isinya,

Imam Abdullah bin Al Mubarak R.A telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz:

"Wahai Muaz! ceritakanlah kepadaku sebuah hadith yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah SAW"

Berkata rawi hadith tersebut ( Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian Muaz berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku:"


Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadith jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Allah pada hari akhirat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan tujuh Malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian ditentukan-NYA pada setiap langit satu Malaikat untuk menjaga pintu langit tersebut.


Pintu Langit Pertama:

Lalu naiklah Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan itu mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga Malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke pintu langit yang pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata Malaikat Penjaga Langit Pertama kepada Malaikat Hafazhah:

"Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah Malaikat Penjaga Ghibah (mengumpat). Allah SWT telah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas"


Pintu Langit Kedua:

Kemudian datang pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat Hafazhah berjaya melintasi langit pertama kerana amalan hamba tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke pintu langit yang kedua lalu berkata Malaikat Penjaga Langit Kedua itu:

"Berhenti kamu di sini dan pukullah dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat habuan keuntungan dunia. Allah SWT telah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu, ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah Malaikat Penjaga Kebesaran"


Pintu Langit Ketiga:

Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripda pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para Malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata Malaikat Penjaga Langit Ketiga itu:

"Berhenti kamu di sini dan pukullah dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah Malaikat Takbur. Allah SWT telah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasi aku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai"


Pintu Langit Keempat:

Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat, maka berkata Malaikat Penjaga Langit Keempat itu:

"Berhenti kamu di sini dan pukullah dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah Malaikat Ujub. Allah SWT telah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasi aku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya"


Pintu Langit Kelima:

Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri)lalu berkata Malaikat Penjaga Langit Kelima itu:

"Berhenti kamu dan pukullah dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkuknya. Akulah Malaikat Hasad. Ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasud akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat. Ia juga mencela mereka. Allah SWT telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku"


Pintu Langit Keenam:

Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke pintu langit yang keenam lalu berkata Malaikat Penjaga Langit Keenam tersebut:

"Berhenti kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah Malaikat Rahmat. Allah SWT menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku"


Pintu Langit Ketujuh:

Kemudian naiklah pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, puasa, nafkah, jihad, dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu Malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sampai ke pintu langit yang ketujuh, maka berkata Malaikat Penjaga Langit Ketujuh tersebut:

"Berhenti kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah Malaikat Dzikir (Dzikir di sini bermakna: mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Allah SWT. Ia beramal bukan kerana mencari keridhoan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fuqaha dan supaya disebut di kalangan para Ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah SWT menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak Ikhlas adalah riak dan Allah SWT tidak akan menerima amalan orang yang riak"


Tapisan Terakhir:

Kemudian naiklah pula Malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berdzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para Malaikat Penjaga Tujuh Petala Langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para Malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para Malaikat-NYA:

"Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-KU ini dan sebenarnya AKU lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan AKU dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripada-KU oleh kerana itu, maka AKU turunkan ke atasnya akan laknat-KU"

Lalu para Malaikat tadi berkata:

"Ke atasnya laknat-MU dan juga laknat kami"

Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.


Mendengar sabda Rasulullah SAW ini lalu Muaz menangis seraya berkata:

"Engkau adalah Rasulullah SAW sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera"

Lalu Rasulullah SAW menjawab:

"Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripda mencela saudaramu yang membaca Al-Quran (golongan Ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka. Dan janganlah engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan janganlah engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan janganlah engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripdamu segala kebaikan dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia, maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti. Allah SWT telah Berfirman:

Maksudnya: Demi yang mencarik akan carikkan
(Surah Al-Nazi`at: ayat 2)

"Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah yang mencarik itu?"

Muaz bertanya: "Ya Rasulullah, sebenarnya siapa mereka?"

Lalu Nabi SAW menjawab: "Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang"

Muaz bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripda seksaan itu?"

Nabi SAW menjawab: "Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan Allah"


Kemudian Khalid bin Maadan berkata: "Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Al-Quranul Kariim lebih daripda Muaz kerana beliau faham terhadap hadith yang besar ini"

(Hadith ini riwayat Ibnul Mubarak di dalam Kitab Al Zuhd dan riwayat Ibnul Jauzi di dalam Kitab Al Maudhu'at (lihat Takhrij Al Iraqi, Ihya Ulumiddin 3/295)

Sabtu, 10 September 2011

Rancangan Hidup : Mukmin Sejati

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين




Rancanglah Perjalanan Hidup Kita Sebagai Mukmin Sejati, Dan Laksanakan Perancangan Itu Sebaik Mungkin,

Sebab,
Sekiranya Tidak Menyusun Dirimu, Syaitan Akan Mengatur Jalan Hidupmu..

"Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan ENGKAU yang lurus,"

"Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan ENGKAU tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)."
Surah al-A`raf ; Ayat 16-17

Lihat!

Iblis akan memastikan manusia tersesat.

Mendatangi manusia dari pelbagai arah untuk menyesatkan manusia, kita inilah.

"Sedar! Sedarlah Wahai Diriku dan Dirimu Wahai Manusia!"

Bahkan Menggunakan Syaitan Jin dan Manusia bagi Menjayakan cita-cita jahatnya!



Kisah Benar Ini Di Rakamkan Dalam Qalamullah Yang Agung,

"(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: "Sesungguhnya AKU akan menciptakan manusia dari tanah".

"Maka apabila telah KU-sempurnakan kejadiannya dan KU-tiupkan kepadanya roh (ciptaan) KU; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya".

"Lalu seluruh Malaikat itu bersujud semuanya."

"Kecuali iblis; dia menyombongkan diri dan adalah dia termasuk orang-orang yang kafir."

"Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah KU-ciptakan dengan kedua tangan-KU. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?".

"Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, karena ENGKAU ciptakan aku dari api, sedangkan dia ENGKAU ciptakan dari tanah".

"Allah berfirman: "Maka keluarlah kamu dari surga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk,"

"Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan".

"Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan".

"Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,"

"Sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat)".

"Iblis menjawab: "Demi kekuasaan ENGKAU aku akan menyesatkan mereka semuanya,"

"Kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka."
Surah Shood : Ayat 71-83


Ingat,

Iblis sangat mampu mengusai manusia, sekalipun tipu dayanya tersangat rapuh!

"Kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka."
"Kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka."
"Kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka."

Hanya yang Ikhlas tak mampu dikuasai iblis.

Bentukkanlah Keikhlasan dalam diri! InsyaAllah akan berjaya merancang dan melaksanakan rancangan yang baik itu.


NOTA ;

"KEBAIKAN YANG TIDAK DIRANCANG AKAN DIMUSNAHKAN OLEH KEJAHATAN YANG DIRANCANG"

"TIDAK MERANCANG = MERANCANG UNTUK GAGAL !"

Sabtu, 20 Ogos 2011

Fasa Akhir Romadhon : Ayuh Raih Lailatulul Qadr

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين


Romadhon,
Awalnya Rahmat
Pertengahannya Keampunan
Penghujungnya Kebebasan Api Neraka,

Di penghujungnya juga Allah menjadikan satu malam. Malam terbaik. Malam Lailatul Qadr. Malam 1000 bulan. Malam Berkah. Malam Jawapan bagi yang Istiqamah dan Yakin. Malam Jawapan bagi yang Menunggu, yang Mengharap Pengampunan-NYA

Ayuh kita raih bersama-sama Lailatul Qadr..!

Jadikan doa ini sebagai amalan selepas solat, terutama pada fasa terakhir Romadhon..
Ayuh teman-teman, abang-abang,kakak-kakak dan adik-adikku..




Doa Sempena Romadhon


Amalkan doa ini sepanjang Romadhon Yang Berkah ini. Semoga Romadhan kali ini membuahkan Hasil Taqwa sambil kita lewati Madrasah Tarbiyyah ini.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Pemuda Insaf : Mari Hayati

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين



Di malam yang kelam itu,
Terdengar sayup-sayup suara..

Seorang pemuda insaf



Ya Allah, ketika orang lain tidak memandang diri ini kerana terhina dan dihina..
Engkau memandang daku dengan penuh rasa kasih sayang, mendengar sepenuh tumpuan tangisan taubatku..

Ya Allah, ketika diri ini lemah, hilang segala kekuatan..
Engkau meniup rasa dingin dan segar ke dalam hati ini supaya hilang resahku..

Ya Allah, ketika diri ini hilang arah dan pedoman..
Engkau tetap setia membimbingku dengan kasih sayang-MU...

Allah... Allah... Allah... Ya Allah...

Allah.... Allah.... Allah.... Ya Allah....




Ya Allah, tertusuk hatiku dengan Qalam-MU Yang Agung..

Ya Allah, aku insan berdosa, ampunilah aku..

Ya Allah, hatiku penuh lumut-lumut kekufuran... bersihkanlah Ya Allah..!
Bersihkanlah Ya Allah..! Bersihkanlah hatiku..!


Bergenang air mata pemuda insaf
Terkecamuk fikirannya,

Semalam-MU aku penuhkan dengan perkara tersia Ya Allah..
Usahlah ada perkara tersia selepas dari ini sehingga datang Malaikat-MU Izrail..
Jauhkan daku dari perkara yang tidak mendatangkan manfaat buat hamba-MU ini..

Ya Allah......!
Ya Allah.........!
Ya Allah............!

Allahu Ya Allah... Ya.. Allah...!
Allahu Ya Allah... Ya.. Allah...!

Ya Allah, hari ini benih cinta-MU baru Engkau cambahkan ke dalam hatiku...
Izinkan daku terus menyemai cinta-MU,
Merasai Kasih Sayang-Mu,
Meraih Redha-MU,
Terus...

Sehingga dapat ku bertemu-MU.. Ya Allah!
Izinkan aku mengecapi Nikmat Cinta-MU...

Allah...., aku malu..
Engkau tidak pernah mengingkari Janji-MU,
Izinkan daku memenuhi Janji-MU..

Allah...., aku bersalah..
Engkau tidak pernah lupa akan daku..
Izinkan daku mengingati-MU dalam setiap tempat..
Izinkan daku mengingati-Mu dalam setiap keadaan...

Allah..., daku rindu pada-MU,
Allah..., daku rindu pada kekasih-MU, Rasulullah...
Allah..., daku ingin bertemankan Malaikat-MU yang taat...
Allah..., daku rindu..

Ya Allah...

Sabtu, 30 Julai 2011

Khutbah Anak Kecil : Santapan Ruhani

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين



Salam Romadhon Kareem 1432H,

Perkongsian dengan pengunjung,

Menitis air mata dengar khutbah anak kecil ni. Menggigil jiwa saya.

Ia membuat saya rasa cukup bangga dan terharu. Mudah-mudahan saya dan anda semua dapat manfaat yang banyak dari video ini. Insya-Allah.

Jom Dengar!!

Sumber: Youtube Judul Khutbah Kanak-Kanak


Pelajar PASTI Negeri Kedah telah menjuarai acara berkhutbah dalam Ihtifal PASTI Pusat bertempat di MENTALON KEDAH.1/11/2008

Siru Ala Barkatillah adikku!


Juga kepada Pengunjung Budiman,

Siru Ala Barkatillah!


Nota : Selamat Berpuasa!

Selasa, 26 Julai 2011

Membuat Keputusan : Ikhtiar dan Usaha.

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين



Alhamdulillah..

Alhamdulillah, atas Nikmat-MU Ya Allah yang tidak pernah putus serta terus melimpah ruah,

Amiin Ya Robb..!!


Terpanggil untuk saya berkongsi pos ini "Membuat Keputusan : Ikhtiar dan Usaha."



Sedikit pesanan, sebelum membaca keseluruhan entri ini,

Pos ini hanyalah pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup saya.

Jadi terserah kepada anda untuk menerima atau menolak pendapat saya.


Hidup ini perlu ditentukan walaupun hakikatnya Allah telah menetapkan Qada' dan Qadar setiap makhluk-NYA.


Allahu Subhanahu Wa Ta`ala telah berfirman dengan Qalam-NYA Yang Maha Suci lagi Maha Agung.

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,

Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu,

Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

(Surah Asy-Syam, Ayat 7 - 10).

Maha Benar Allah dalam segala Firman-NYA.


Menarikkan!, Allah memberi ruang untuk manusia untuk memilih. Maka pilihlah kebaikan. Itulah namanya keputusan.

Namun untuk membuat keputusan yang berat terutama dalam perkara yang lebih utama, sesuatu yang sangat penting dalam hidup, memilih mana yang paling baik diantara yang terbaik. Pasti rasa susahkan?

Sebenarnya mudah! Kenapa?? Bagaimana caranya??



Tips Membuat Keputusan
Pertama,

Asasnya taqwa dan serah pada Allah. Apa-apa saja keputusan yang kita nak buat, pertimbangkan dahulu. Allah suka tak? Allah Ridho tak?


Kedua,

Ilmu dan pengalaman. Pentingnya ilmu sebagai sandaran. Pengalaman juga sebagai panduan. Ilmu dan pengalaman inilah menentukan kefahaman yang jelas untuk suatu keputusan. InsyaAllah.

Contoh, nak beli kereta. Takkan kita pilih atas bentuk kereta. Citarasa tak cukup, kecuali dengan adanya pengetahuan asas tentang hal-hal kereta yang nak dibeli.


Ketiga,

Solat Istiqarah. Keputusannya adalah lebih tepat. Istiqarah ini kita pinta dari Dzat Yang Maha Agung lagi Maha Mulia iaitu Allah. meminta agar setiap keputusan ditunjukkan dengan cara yang paling tepat dan bernas.


Keempat,

Berdoa. Berdoalah banyak-banyak. Allah Maha Mendengar doa Hamba-NYA. Doa juga senjata orang mukmin. Doalah diwaktu-waktu mustajab.


Kelima,

Tetap dengan keputusan. Setelah buat keputusan jangan ragu-ragu. melainkan ia memang mendatangkan kesan yang buruk pada jangka panjang.



"Keputusan Adalah Segera Dan Perlu Dilaksanakan Mengikut Masa Sesuai"


Sekadar berkongsi dari sedikit pengalaman hidup yang secoret ini. Mudah-mudahan mendapat Rahmat dan Berkah Allahu Subhanahu Wa Taala.. Amiin!

Selasa, 19 Julai 2011

Menyahut Seruan Ilahi : Kembali Ke Rahmatullah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين


Hari ini janji Allah telah berlaku lagi, untuk menambah keimanan dan keyakinan kita selaku manusia yang beriman kepada-NYA.


Kata Allah dalam Al-Quran, Kitab-NYA Yang Maha Agung

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali Imron ayat 185)

Maha Benar Allah dalam segala Firman-NYA.


Dua minggu ini, saya menerima berita pemergian daripada beberapa sahabat saya;

1) Al-Marhum Baharuddin Ahmad - 7 Syaaban 1432H / 9 Julai 2011.
2) Al-Marhum Cikgu Radzi Timbalan YDP PAS Gombak - 8 Syaaban 1432H / 10 Julai 2011.
3) Al-Marhumah Dr Lo'Lo' Hj Mohd Ghazali - 15 Syaaban 1432 H / 17 Julai 2011.
4) Al-Marhumah nenek seorang sahabat saya - 17 Syaaban 1432 H / 19 Julai 2011.
5) Al-Marhumah makcik seorang sahabat saya - 18 Syaaban 1432H / 20 Julai 2011.

PERGI TAK KEMBALI


Salam takziah dari saya buat keluarga mereka ini. Muga ruh-ruh mereka dicucuri Rahmat Allah. Al-Fatihah..

Selasa, 28 Jun 2011

Isra' Mikraj : Peristiwa Besar Dari Al-Quran Dan Pengajaran Serta Penghayatannya.

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين


Peristiwa Isra' Mikraj : 27 Rejab



Allahu Subhanhu Wa Ta`ala telah berfirman di dalam Qalam-Nya Yang Maha Agung; Mafhumnya:

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Isra' : 1)

Maha Benar Allah dalam segala Firman-NYA.


Sungguh peristiwa ini membawa kesan yang sangat besar dalam kehidupan manusia yang beriman ketika itu.

Apabila Abu Jahal mendengar peristiwa ini, Abu Jahal telah menuduh Nabi Muhammad Shollallahu `Alayhi Wa Sallam sebagai penipu. Lalu, Abu Jahal telah menceritakan pada sahabat karib Baginda iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq Radi`Allahu Anhu.

Dan apabila ditanya dari mana Abu Jahal mendapat berita itu. Abu Jahal mengatakan dari Rasulullah Shollallahu `Alayhi Wa Sallam. Maka, Saidina Abu Bakar as-Siddiq Radi`Allahu Anhu membenarkan peristiwa tersebut tanpa menolak sepatah pun apa yang di sampaikan.

Begitulah Allah ingin menguji iman seorang hamba-NYA. Sejauh mana keyakinan imannya pada Allahu Subhanahu Wa Ta`ala dan Nabi Muhammad Shollallahu `Alayhi Wa Sallam. Namun begitu, ramai juga yang terpedaya pada dakyah Abu Jahal. Banyak yang telah kembali kepada kepercayaan nenek moyang mereka yang menyesatkan itu.

Dan daripada peristiwa ini jugalah telah membawa ummat Islam kepada Syariat Solat dalam kehidupan seharian mengikut waktu-waktu yang tertentu mengikut ketetapan masanya. Pentingnya Solat dalam kehidupan manusia.

Begitulah pentingnya Solat, diperintakan oleh Allah melalui peristiwa ini. Marilah kita pelihara Solat dengan cara hadir awal sebelum masuknya waktu dan berjemaah di Masjid.


Dikatakan diatas batu inilah perjalanan Baginda Rasulullah diangkat ke langit bertemu Allahu Subhanahu Wa Ta`ala dan Para Anbiya'



Akhir kata, marilah kita ambil pengajaran serta penghayatan daripada peristiwa Isra' Mikraj yang mulia ini.

1) Keyakinan kita pada Allahu Subhanahu Wa Ta`ala dan Nabi Muhammad Shollallahu `Alayhi Wa Sallam.

2) Kayu ukur keyakinan keimanan kita pada kebenaran yang telah nyata daripada peristiwa besar ini dan peristiwa-peristiwa menakjubkan yang lain yang terkandung dalam Qalamullah ini.

3) Syariat Solat dan Kewajipan melaksanakan serta menjaganya dengan cara hadir awal sebelum masuknya waktu dan berjemaah di Masjid.


Semoga perkongsian ini berguna kepada semua. InsyaAllah.

Sabtu, 28 Mei 2011

Nabi Muhammad Shollallahu `Alayhi Wa Sallam : Wajib Jadi Ikutan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين





Allahu Subhanahu Wa Ta`ala telah berfirman di dalam Kitab-NYA Yang Maha Agung.

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
(Surah al-Anbiyaa' : 107)

Dan Allah menceritakan lagi,

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
(Surah al-Ahzab : 21)

Maha Benar Allah dalam segala Firman-NYA.


Wahai sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku..

Betapa Rosulullah Shollallahu `Alayhi Wa Sallam sanggup mati demi mempertahankan agama Allah dan ummatnya. Baginda telah dicaci, dimaki, dipukul. Bahkan para sahabat baginda juga diperlakukan sebegitu rupa.

Sehingga datang berita besar daripda Allahu Subhanahu Wa Ta`ala. Nyata Allah telah ridho atas usaha-usaha Baginda Rosulullah Shollallahu `Alayhi Wa Sallam bersama para sahabat ketika itu.


Firman Allahu Subhanahu Wa Ta`ala telah berfirman di dalam Kitab-NYA Yang Maha Agung.

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-KU. Pada hari ini telah KU-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah KU-cukupkan kepadamu nikmat-KU, dan telah KU-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah al-Maidah ; 3)

Maha Benar Allah dalam segala Firman-NYA.


Bahkan ketika sampai kepada sakit sakaratul-maut, Baginda menyebut akan ummatnya. Baginda sangat khawatir akan keadaan ummatnya selepas pemergiannya.

"Ummati.."
"Ummati.."
"Ummati.."

Betapa Baginda Rosulullah Shollallahu `Alayhi Wa Sallam sangat mencintai ummatnya.

Maka, apakah kita tidak mahu membela agama Islam ini dan Baginda?
Apakah kita tidak mahu berjuang apa yang diperjuangkan Baginda dan sahabatnya?

Ayuh kita hidupkan dunia ini dengan al-Quran dan Sunnah Rasul-NYA. InsyaAllah kita akan berjaya.


Dianjurkan kepada manusia untuk berselawat,


Firman Allahu Subhanahu Wa Ta`ala,

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.
(Surah al-Ahzab : 56)

Maha Benar Allah dalam segala Firman-NYA.


Satu cara untuk menterjemahkan rasa cinta pada Baginda adalah dengan Selawat,


Marilah kita selawat bersama-sama berselawat. Moga-moga beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak. Amiin.

Pesanan bersama:
Namun demikian, tugas utama seorang muslim tetaplah berda`awah serta berjihad menyampaikan, menghidupkan dan menegakkan Kalimah Allah (al-Quran) dan Sunnah Rosulullah Shollallahu `Alayhi Wa Sallam.


Suka saya ambil peringatan ini,

Allah telah berfirman dalam Kitab-NYA Yang Maha Agung;

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

(Sesungguhnya) orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah Dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang Yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang Yang memakmurkan Masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang Yang berjaya.
(Surah at-Taubah : 20)

Maha Benar Allah dalam segala Firman-NYA.


Sekali lagi pesanan kita bersama:
Tugas utama seorang muslim tetaplah berda`awah serta berjihad menyampaikan, menghidupkan dan menegakkan Kalimah Allah (al-Quran) dan Sunnah Rosulullah Shollallahu `Alayhi Wa Sallam.


Sekadar itu sahaja. Mudah-mudahan kita bersungguh-sungguh meraih Ridho dan Naugan Rahmat dan Berkah dari Allah serta sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Wallahu `Alam.

Perkara Yang Baik : Usah Ditangguh

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين



Syukur saya ke hadrat Ilahi, masih diberi nafas sehingga saat ini. Marilah sama-sama kita merafaqkan rasa syukur kita kepada Allahu Subhanahu Wa Ta`ala. Alhamdulillah.

Dan Selawat serta Salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad Shollallahu `Alayhi Wa Sallam, Para Nabi, Para Sahabat, Dan Seluruh Manusia yang memperjuang menegakkan agama Allah.


Suka untuk saya kongsikan;
"..Perkara yang baik, usah ditangguh.."

Persoalannya, kenapa??

Satu contoh, kerja. Kerja kita bila ditangguh, ia akan bertambah. Beban bertambah. Merugikan masa dan tenaga. Menyebabkan kita terpaksa memberi tekanan yang banyak kepada perkara tersebut.

Itu dalam konteks pekerjaan. Sebenarnya pekerjaan ini juga adalah ibadah.

Cuba kita dari lihat dari sudut kewajipan seorang muslim.

Contoh. Sembahyang / Solat. Kewajipan yang tidak boleh ditangguh dalam waktu-waktunya.


Allah berfirman dalam Kitab-NYA yang Maha Agung;

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya.
(Surah an-Nisaa' : 103)

Maha Benar Allah dalam segala Firman-NYA.


Perhatikanlah. Apakah kita tidak merasakan nikmat dan murka di sebalik kewajipan ini.

Nikmatnya ridho Allah, tenang yang Allah alirkan dalam jiwa, pahala yang besar menjadi timbangan amal yang menyelamatkan kita di akhirat.

Murkanya Allah pada manusia yang tidak bersyukur atas nikmat rezeki, kekuatan, iman, ilmu yang diberikan-NYA tanpa meminta dibayar, penyebab rasa resah hati, rasa terhimpit dalam hidup, apatah lagi dosa yang menjadi beban pada timbangan di akhirat.

Begitulah ketetapan sesuatu pekerjaan yang baik. Begitu juga sebaliknya.


Satu contoh lain, taubat. Satu masa, terdetik dalam hati kita.

"Ya Allah, banyaknya dosa yang aku lakukan"
"Aku mesti bertaubat!"


Datang iblis Laknatullah dan sekutunya syaitan laknatullah, membisik..

"Rileks la, kau ada banyak masa"
"Buat kejap lagilah"
"Tunggulah malam nanti"
"Esok masih sempat"

Macam-macamkan bisikan si iblis dan syaitan Laknatullah ni.

Kita tak tahu, bila Allah akan ambil kita kembali.


Peringatan Allah pada Hamba-NYA yang beriman dan bertaqwa pada-NYA:
Dalam Kitab-NYA yang Maha Agung;

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk,

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
(Surah al-A'raf : 34)

Maha Benar Allah dalam segala Firman-NYA.


Menarik bukan. Allahu Subhanahu Wa Ta`ala telah maklum dan mengajar pada manusia serta beri peringatan agar kita sentiasa bersedia.

Saya mangajak rakan-rakan agar tinggalkan segala tangguhan untuk perkara yang baik.


Sedikit pesanan:
Namun, perkara baik perlulah disusun dan diatur. Supaya kita tidak melakukan banyak kesilapan. Tak boleh buat caca marba. Kelam kabut hasilnya.


Ayuh! mulai saat ini jadilah kita manusia yang melaksanakan perkara yang baik. Usah ditangguh-tangguh lagi. Hentikan mainan iblis ini.

Beramal kerana Allah.
Wallahu `alam..

Selasa, 24 Mei 2011

Sakit dan Penyakit : Allahu Subhanahu Wa Ta`ala Penyembuhnya.

Sakit - baik apa-apa pun rupanya seperti luka, cedera, melarat, berjangkit dan sebagainya. Penyembuhnya tetaplah Allah.

Penyakit - baik apa pun rupanya seperti tua, malas, demam, selesema, kencing manis dan berbagai lagi. Dan Penyembuhnya adalah Allah.

Allah adalah sumber segala-galanya. Ini telah Allah ceritakan dalam Kitab-NYA Yang Maha Agung, Mukjizat Teragung Milik Ummat Islam dan seluruh makhluk di muka bumi,
Surah al-Ikhlas : Ayat 1-2;

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1)
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2)

Sesungguhnya Allah adalah sumber segala-galanya, bukan sekadar penyembuh, bahkan pemberi rezeki. segala-galanya kembali kepada Allah.

Buktinya, Firman Allah;
Dalam Surah as-Syu`araa' : 78-81;

Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; (78)
Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, (79)
Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80)
Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; (81)


Hati Sakit??

Ayuh baiki!


Saya ingin kongsikan kepada pembaca. Pada hujung minggu lalu, saya keluar bersama beberapa orang sahabat. Keluar untuk mencari sebuah pengajaran daripada hati yang sedang menanggung rasa marah, sedih terkilan dan sebagainya.

Satu tempat yang tenang. Hutan, Sungai, Pokok dan sebagainya. Apabila sampai tempat yang dituju, saya kenang kembali peristiwa-peristiwa gembira dan peristiwa yang menjadikan hati ini kelam.

Melihat sungai yang jernih itu, terus saya tuju ke sungai. Sambil itu saya berdoa agar Allah berikan petunjuk untuk bagi mengubat rasa hati saya. Sedang saya melusuri sungai, tiba-tiba saya tergelincir. Kaki saya luka. Ia agak teruk.

Saya berhenti atas batuan yang ada. Saya lihat luka tadi, mengalir pekat darah membasahi jari-jari kaki. Saya basuh. Sedang saya membilas-bilas luka tadi, terasa kulit pedih seperti kulit ini direntap halus. Pedih.

Terdetik dihati saya. Kiranya itulah luka hati saya, maka untuk membersihkannya pasti akan rasa sedikit sakit dan pedih.

"..Ooh, begitu rupanya.."

Maka, segala perasaan yang melanda hati saya, saya buang jauh-jauh. Kadang-kadang rasa sakit sangat dan pedih sangat. Tapi saya yakin ia pasti sembuh.

Alhamdulillah, selepas berada hampir lebih sejam berendam dan bertafakur, saya dan rakan-rakan bersiap untuk menunaikan kewajipan. Solat. Dah masuk waktu.

Lepas Solat, satu ketenangan yang luar biasa masuk ke dalam hati. Allah tenangnya, rasa bersemangat pula.

Jadi, kepada rakan-rakan. Saya cadangkan, carilah penawarnya. Ya, kadang-kadang masalah sakit hati ni nampak kecil. Jika tidak diurus dengan betul, ia memberi kesan yang buruk.

"Dalam jasad ada seketul darah. Jika baik, maka baiklah keseluruhannya. Jika buruk, maka buruklah kesudahannya. Ketahuilah, itulah hati"

Sungguh, Allah itulah Penyembuh.

~Tamat~

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. InsyaAllah. Sekian.

Sabtu, 30 April 2011

Fitnah : Al-Quran Ada Jawapannya.

بسم الله الرحمن الرحيم

Jawapan bagi kita yang menyatakan diri kita sebagai muslim dan mengaku beriman kepada Allahu Subhanahu Wa Ta`ala. Al-Quranlah jawapannya. Dan banyak peristiwa-peristiwa besar telah berlaku sejak zaman Rosulullahi Shollallahu `Alayhi Wa Sollatu Wa Sallam terkait pada zaman ini.

Islam tidak akan sekali-kali terpisah daripada sistem politik yakni sistem siyasah syar`ieyyah.

Sistem yang telah Allahu Subhanahu Wa Ta`ala ciptakan kepada manusia dengan sebaik-baik sistem. Sistem Siyasah Syar`ieyyah.

Dan tiada sebab untuk politik yakni sistem siyasah syar`ieyyah dibiarkan tanpa pelaksanaan.

Islam perlu diamalkan keseluruhannya, bukan diambil sebahagian untuk kepentingan nafsu dan ditinggalkan sebahagian yang tidak mengikut selera nafsu.

Bagaimanapun, isu-isu terkini telah menyebabkan berlaku berbagai fitnah yang menjengkelkan. Saya tidak berminat memanjangkan isu-isu ini. Ada jawapan disebalik video yang saya paparkan.

Sedikit nasihat;
Islam perlu diamalkan keseluruhannya, bukan diambil sebahagian untuk kepentingan nafsu dan ditinggalkan sebahagian yang tidak mengikut selera nafsu.

Silakan menonton video ini. Carilah jawapannya didalam Qalamullah, Mukjizat terbesar bagi Ummat ini. InsyaAllah.




Ucapan Penuh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Pada Mesyuarat Agung PAS Marang.




Menjawab Isu Yang Melanda Arena Politik Tanah Air.





Dimana mereka meletak nilai Islam. Apakah Pegangan Mereka Ini?



Buka Mata, Buka Minda, Buka Hati. Tanyalah Dirimu Dengan Siapa Kamu Beriman. Allah Tuhan Seluruh Alam ataupun nafsumu??

Al-Quran ada jawapan pada persoalanmu. Ayuh! Pilih jalan keluar (Al-Quran) yang telah dijanjikan Allahu Subhanahu Wa Ta`ala Selamat dan Bahagia.

Rabu, 30 Mac 2011

Panduan Hidup : Kitabullah Al-Quran Dan Sunnah Rosulullahi Shollallahu Alayhi Wa Sallam

Kembalilah kita berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah Rosul-NYA dengan bersungguh-sungguh! supaya hidup kita berada di jalan yang diridho`i-NYA. InsyaAllah.

klik gambar untuk besar


Suburkan kembali al-Quran. Bacalah dan fahamilah dengan melaksanakan isinya. Suburkan kembali Sunnah Rosulullah Shollallahu Alayhi Wa Sallam dengan mengikuti jejak langkahnya, perbuatan Baginda dan nasihat Baginda. Ikutlah. InsyaAllah, kita semua pasti berjaya, selamat dan bahagia.

Baginda tidaklah meninggalkan harta untuk ummatnya, Baginda meninggalkan suatu yang berharga iaitu ilmu yang diwariskan pada para Ulama Husn lagi Mursyid. Maka, bergurulah dengan Ulama, mudah-mudahan terbentang jalan kita kembali dalam Mardhotillah (Ridho Allah). InsyaAllah.


Nota:
1) Al-Quran ada pada tangan-tangan kalian. Bacalah akan Qalam Ilahi Yang Suci, Hayatilah Maknanya dan rujuklah pada Ulama yang faham tentang isinya, Praktikkanlah akan ia dalam lapangan kehidupan.

2) Sunnah Rosulullah Shollallahu Alayhi Wa Sallam terpancar dari Ulama yang sentiasa menghidupkan Sunnah / Cara Kehidupan Baginda. Terpancar pada tingkahlakunya, amalannya, perbuatannya, percakapannya. Maka, turutilah dan pelajarilah akan Sunnah Nabi Muhammad Shollallahu Alayhi Wa Sallam pada Ulama yang mursyid ini. InsyaAllah, akan berjaya.

Khamis, 17 Mac 2011

Didikan Sempurna : Perlu Ditanam Dari Awal (Sejak Kecil)

Didiklah anakmu dengan matlamat Islam yang jelas sejak dari kecil.

Saya bersyukur pada Allah Subhanahu Wa Ta`ala sebanyak-banyaknya. Allah telah kurniakan sekeliling saya dengan orang-orang yang saya sangat kagumi dan sayangi. Salah satunya seorang Murabbi atau Ustaz yang saya sayangi lagi hormati.
Beliau bersedia memberi tunjuk ajar yang berguna. Sama ada disampaikan secara teori juga praktikal.

Berkunjung ke rumah Murabbi adalah sesuatu menyeronokkan dalam mengisi masa kehidupan saya. Sambil itu, saya ambil manfaat. Bagaimana tidak? Saya dapat banyak ilmu dalam mendidik anak kecil. Prinsip pertama adalah tanamkan kebiasaan memenuhi tuntutan agama.



Saya tertarik dengan cara beliau mendidik anaknya. Bagaimana ya?

Suatu masa saya berkunjung ke rumahnya. Anak baru berusia sekitar dua tahun. Sampai masa masuk waktu solat, beliau meminta anaknya supaya azan. Sedangkan anaknya baru berusia dua tahun. Lalu beliau mengajarkan anaknya tatatertib azan. Allah.. tersentuh dan terkesan sungguh hati saya!

Beliau berdiri, diikuti anak kecilnya. Semoga Allah memberkati dirimu wahai Murabbi.

Satu masa yang lain, saya mengunjungi Murabbi yang lain pula. Anaknya masih kecil. Baru pandai duduk. Anaknya merangkak menghampiri si ayah. Murabbi saya mendokong anaknya. Lalu beliau memperkenalkan kami. Beliau tidak mengajarkan anaknya untuk berbahasa pelat.

Ustaz juga sempat berpesan kepada kami, budak kecil tidak boleh diajar pelat. Nanti dia lambat nak sebut sesuatu dengan tepat. Jadi ajar dan didiklah anak-anak kita dengan kebiasaan agama dan perkara yang betul sejak dari kecil.


Indahnya kasih sayang yang Allah ciptakan ini. Ya Allah, Tuhan seluruh alam.


Sedikit nasihat dan pesanan bagi orang yang menyatakan iman dan taqwanya pada Allahu Subhanahu Wa Ta`ala. Didiklah anakmu dengan matlamat Islam yang jelas sejak dari kecil.

UJIAN MENAIP