Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Sabtu, 29 Januari 2011

Itu Semua Fitnah!!!

Mata saya masih belum mengantuk. Betul-betul melayan movie yang di adaptasi daripada Novel Terkenal. Mata tertancap pada monitor komputer. Betul-betul terkesan..





“Hahaha.. ehehe.. ahaha..” gelak si banduan melihat pemuda itu.

“Anak Al-Azhar kok tidak tahu apa itu kunci solat.. ahahaha.. haha..”

“Jangan-jangan, kalau solat cuma bila kalau ada masalah..” katanya menyindir pemuda itu.





#######





Saat sedih itu bertambah apabila pemuda itu mendapat surat daripada


Surat Pemberitahuan
Dengan ini kami memberitahukan
Bahawa Fahri bin Abdullah
Dikeluarkan daripada Universiti Al-Azhar


Sedihnya tidak tertahan. Hatinya perit. Sudahlah dituduh memperkosa anak gadis. Ditangkap dan dipenjarakan. Kemudian dibuang daripada Universitinya. Sedang pembelajarannya belum selesai.







Dia mencampak surat tersebut seperti hatinya yang sedang remuk kesedihan. Si banduan mengambil surat itu dan membacanya.


“Dikeluarkan daripada Universiti Al-Azhar”

“Haha.. ahaha..” gelaknya sinis.

“Itu bukan kiamat Fahri!” kata si banduan.

“Hei.. bangun..!” teriaknya pada pemuda.

“Bangun Fahri... bangun..!!” sambil menarik dan mencekak baju pemuda itu supaya berdiri.

“Bangun Fahri... bangun..!!” memaksa pemuda berdiri.

“Allah sedang berbicara denganmu Fahri..!” katanya.

“Allah sedang mengingatkanmu supaya tidak sombong!!” katanya lagi.

“Apa salah saya pada Allah!?” menekan sambil menahan perasaan yang bercampur.

“Kenapa Allah begitu tega membuat saya begini” terisak-isak kata pemuda.

“Istighfar.. Istighfar!!” kata banduan.

“Cuba ingat siapa lagi dirimu..!?”

“Apa yang telah kau lakukan selama ini? Hah!?”

“Tidakkah kau sombong Fahri.. ha!?”

“Kau merasakan dirimu yang paling benar”

“Kau merasakan dirimu paling suci.. bahkan di depan isterimu sendiri!” kata banduan.



Pemuda tersentak serta merta timbul keinsafan dalam hatinya. Dia malu pada dirinya.



“ Kau ingat kisah Nabi Yusuf ‘Alayhi Salam dan Zulaikha?”

“Zulaikha menuduh Yusuf memperkosanya, padahal dia sendiri tidak tahan dengan ketampanan Yusuf”

“Fitnah..! Itu semua fitnah Fahri..!”

“Zulaikha memfitnah Yusuf memperkosa dia hingga Yusuf di penjara”

“ Apakah Yusuf memberontak!? Tidak Fahri..!”

“Yusuf tahu, Allah sedang berbicara kepadanya”

“Kau tahu apa yang dikatakan Yusuf? Ha!?”

“Kau mahu tahu apa dikatakan Yusuf?” Ulangnya.

“ Kata Yusuf: ‘Ya Allah, jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih penjara tapi dekat dengan-MU daripada aku hidup bersama pendusta’ ”



Suasana jadi hening seketika.



“Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar.. dan ikhlas..”
“Sabar... Ikhlas...”



Sumber : Tontonan daripada Movie Ayat-Ayat Cinta. Siapa-siapa yang pernah baca novel dan tengok movie ni pasti tau.



Kita berhenti setakat ni, saya nak tanya. Apa yang kita dapat (pengajaran) daripada cerita tadi?

Ikhlas

Sabar




Episod di dalam Kalamullah Yang Mulia.
Allah Subhanallahu Wa Ta’ala telah merakamnya sebagai pengajaran
(Surah Yusuf : 23-34)

Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji kerana sesungguhnya dia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.

Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidaklah ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya".

Yusuf pula berkata: "Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata: "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.
Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar".

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.

Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (Wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!"

Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata."

Maka apabila dia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberikan kepada tiap-tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah dia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"

(Zulaikha) berkata: "Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi dia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau dia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah dia akan dipenjarakan dan akan menjadi dari orang-orang yang hina."

Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".

Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN MENAIP