Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Sabtu, 5 Februari 2011

Ia Telah Hilang..



Kasut itu dihantar untuk dibaiki. Kasut itu digam dan dijahit. Cantik dan kemas. Kemahiran tukang kasut itu baik dan sangat teliti. Ali membelek-belek kasut itu. Setelah merasa begitu puas melihat kasut itu, dia membayar upah membaiki kasut. Dia pasti, adiknya pasti gembira. Melihat kasutnya telah di baiki.

Setelah itu, Ali ke kedai makanan. Dia membeli beberapa keping roti. Masih panas, lalu dibungkus. Itulah kebiasaan masyarakat di situ. Dan juga itulah makanan ruji bagi masyarakat Arab Iran.

Ali juga tidak lupa untuk membeli barang yang dipesan ibunya. Di tangannya, terdapat dua bungkusan. Satu bungkusan seperti kain guni yang diguna membalut roti. Satu lagi bungkusan hitam, terdapat kasut milik adiknya, Zahra.



#######



Ali singgah di kedai runcit. Dia meninggalkan bungkusan itu di luar kedai.


“Assalamualaikum.. Pak cik Akbar” Ali memberi salam.

“Saya mahu kentang” kata Ali.

“Wa`alaikumsalam..” jawab tuan kedai. Sambil tangannya menghulurkan plastik.

Ali memilih kentang-kentang sebesar dua penumbuk.

“Bukan disitu.. ambil dibawah..” kata Encik Akbar.


Ali melihat disitu hanya kentang-kentang kecil. Dia faham. Lalu diambil, dan dimasukkan kedalam plastik. Dia leka memilih kentang.


“Assalamualaikum..” sapa seorang pengutip sampah.

“Wa`alaikumsalam..” jawab Encik Akbar.

“Minta izin, saya nak ambil barang terbuang disini”

“Silakan”


Dia mengambil barang-barang buangan. Setelah puas, dia mengucapkan terima kasih dan pergi.



“Ini berapa pak cik?”

“Enam puluh lima toman”

“Ibu pesan, duitnya dibayar kemudian”

“Pesan kepada ibumu, pengambilan barang telah sampai masa untuk dibayar”

“Paling tidak pun, ibumu perlu membayar sedikit”

“Baik”


Ali meninjau-ninjau di situ. Dia kehairanan. Bungkusan hitamnya tiada. Tangannya mencapai-capai celahan kotak-kotak di situ. Tiada. Dia semakin resah. Bungkusan hitam itu hilang. Dia terus mencari. Tiba-tiba, bekas tomato di atas kepalanya bergerak dan jatuh. Habis barang-barang di situ turut terjatuh.

Encik Akbar keluar. Dia melihat Ali berada di situ.



“Apa yang telah engkau lakukan”

“Kau tengok ni, apakah yang sudah kau lakukan”

“Kasut adik saya hilang.. saya mencarinya..”

“Aku tak bertanggungjawab ke atasnya.. pedulikan..” katanya marah.

“Saya letakkan ia di sini tadi”

“Aku tak peduli.. pergi kau!”


Ali lari dari situ. Dia mengambil barang-barangnya.



#######




Di halaman rumahnya kelihatan tegang. Tuan rumah datang menuntut sewa rumah.


“Kau tak bayar lagi sewa rumah” kata tuan rumah.

“Jadi, apa masalahnya” kata ibu Ali.

“Mengapa kau menggunakan air itu??”

“Aku hanya membasuh bajuku yang kotor”

“Kenapa kau menggunakan air yang banyak”

“Aku sedang membasuh dan membilasnya”

“Sudah! Aku tak mahu dengar lagi”

“Aku harap kau bayar sewa rumah segera”


Melihat kelibat Ali yang baru pulang. Ibunya memberi arahan.


“Ali, nanti suruh Zahra bersihkan kentang”


Tanpa menjawab, Ali terus menuju ke pintu. Sampai di depan pintu, adiknya tersenyum.


“Ali, adakah engkau telah mendapatkan kasutku?”

“Ibu memintamu membersihkan kentang selepas adik tidur” helah Ali.

“Aku tanya, adakah engkau telah mendapatkan kasutku??”

“Hmm `emm”

“Adakah ia bagus sekali??”

“Hmm `emm”


Zahra lantas bangun.


“Ke mana kau nak pergi?”

“Aku mahu melihat kasutku”

“Kasutmu tiada di sini”

“Adakah kamu menipu aku??”

“Tidak.. Aku tidak berbohong..”

“Aku tinggalkan di kedai tadi, tapi ia hilang..”

“Aku dah cari di situ, tapi tak jumpa” Ali bercerita.

“Kamu maksudkan, ianya hilang?”

“Tidak.. kamu jangan bagitahu ibu”

“Aku akan cari sampai jumpa!”

“Macam mana aku nak pergi sekolah esok?”

“Jangan menangis. Aku akan mencarinya.. sehingga berjumpa!”

“Tapi, kamu katakana telah mencarinya di situ”

“Belum seluruhnya”

“Tolong jangan beritahu pada ibu tentang hal ini”

“Aku akan carikan kasutmu”


Ali terus keluar. Tergesa-gesa. Ibunya perasan. Lalu memanggilnya.


“Ali..! Ali..!!”

“Kau mahu ke mana??”

“Mari tolong ibu..” jerit ibunya.


Ali tidak menghiraukannya. Dia terus ke kedai tadi. Dia meninjau-ninjau kedai Encik Akbar dari jauh. Setelah memastikan semuanya selamat. Dia mencari semula di celah-celah kotak tadi. Namun, tidak juga terjumpa kasut itu.



Sumber: Bacheha-Ye Aseman
Tamat Part 1.. Akan Bersambung.. InsyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN MENAIP