Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Jumaat, 30 September 2011

AMAL : MENUNTUT KEIKHLASAN


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين


Alhamdulillah, ingin saya kongsikan dengan anda semua satu hadith yang panjang.

Semoga hadith ini jadi panduan kepada kita semua, Bi Iznillah! Insya-Allah.

Saya ambil daripida kitab kecil yang sangat manfaat isinya. Itulah kitab Bidayatul Hidayah.



Inilah cebisan isinya,

Imam Abdullah bin Al Mubarak R.A telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz:

"Wahai Muaz! ceritakanlah kepadaku sebuah hadith yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah SAW"

Berkata rawi hadith tersebut ( Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian Muaz berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku:"


Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadith jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Allah pada hari akhirat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan tujuh Malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian ditentukan-NYA pada setiap langit satu Malaikat untuk menjaga pintu langit tersebut.


Pintu Langit Pertama:

Lalu naiklah Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan itu mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga Malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke pintu langit yang pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata Malaikat Penjaga Langit Pertama kepada Malaikat Hafazhah:

"Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah Malaikat Penjaga Ghibah (mengumpat). Allah SWT telah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas"


Pintu Langit Kedua:

Kemudian datang pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat Hafazhah berjaya melintasi langit pertama kerana amalan hamba tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke pintu langit yang kedua lalu berkata Malaikat Penjaga Langit Kedua itu:

"Berhenti kamu di sini dan pukullah dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat habuan keuntungan dunia. Allah SWT telah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu, ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah Malaikat Penjaga Kebesaran"


Pintu Langit Ketiga:

Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripda pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para Malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata Malaikat Penjaga Langit Ketiga itu:

"Berhenti kamu di sini dan pukullah dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah Malaikat Takbur. Allah SWT telah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasi aku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai"


Pintu Langit Keempat:

Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat, maka berkata Malaikat Penjaga Langit Keempat itu:

"Berhenti kamu di sini dan pukullah dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah Malaikat Ujub. Allah SWT telah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasi aku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya"


Pintu Langit Kelima:

Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri)lalu berkata Malaikat Penjaga Langit Kelima itu:

"Berhenti kamu dan pukullah dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkuknya. Akulah Malaikat Hasad. Ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasud akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat. Ia juga mencela mereka. Allah SWT telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku"


Pintu Langit Keenam:

Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke pintu langit yang keenam lalu berkata Malaikat Penjaga Langit Keenam tersebut:

"Berhenti kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah Malaikat Rahmat. Allah SWT menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku"


Pintu Langit Ketujuh:

Kemudian naiklah pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, puasa, nafkah, jihad, dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu Malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sampai ke pintu langit yang ketujuh, maka berkata Malaikat Penjaga Langit Ketujuh tersebut:

"Berhenti kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah Malaikat Dzikir (Dzikir di sini bermakna: mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Allah SWT. Ia beramal bukan kerana mencari keridhoan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fuqaha dan supaya disebut di kalangan para Ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah SWT menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak Ikhlas adalah riak dan Allah SWT tidak akan menerima amalan orang yang riak"


Tapisan Terakhir:

Kemudian naiklah pula Malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berdzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para Malaikat Penjaga Tujuh Petala Langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para Malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para Malaikat-NYA:

"Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-KU ini dan sebenarnya AKU lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan AKU dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripada-KU oleh kerana itu, maka AKU turunkan ke atasnya akan laknat-KU"

Lalu para Malaikat tadi berkata:

"Ke atasnya laknat-MU dan juga laknat kami"

Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.


Mendengar sabda Rasulullah SAW ini lalu Muaz menangis seraya berkata:

"Engkau adalah Rasulullah SAW sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera"

Lalu Rasulullah SAW menjawab:

"Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripda mencela saudaramu yang membaca Al-Quran (golongan Ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka. Dan janganlah engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan janganlah engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan janganlah engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripdamu segala kebaikan dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia, maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti. Allah SWT telah Berfirman:

Maksudnya: Demi yang mencarik akan carikkan
(Surah Al-Nazi`at: ayat 2)

"Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah yang mencarik itu?"

Muaz bertanya: "Ya Rasulullah, sebenarnya siapa mereka?"

Lalu Nabi SAW menjawab: "Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang"

Muaz bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripda seksaan itu?"

Nabi SAW menjawab: "Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan Allah"


Kemudian Khalid bin Maadan berkata: "Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Al-Quranul Kariim lebih daripda Muaz kerana beliau faham terhadap hadith yang besar ini"

(Hadith ini riwayat Ibnul Mubarak di dalam Kitab Al Zuhd dan riwayat Ibnul Jauzi di dalam Kitab Al Maudhu'at (lihat Takhrij Al Iraqi, Ihya Ulumiddin 3/295)

2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum wbt,

    Diharapkan semoga saudara berada dalam keadaan sihat wal afiat. Ingin saya maklumkan di sini, bahawa hadis yang saudara nukilkan di atas sebenarnya adalah hadis palsu.

    Buktinya hadis itu disebutkan oleh Ibnul Jauzy dalam kitabnya Al-Maudhu'at, yang mana dalam kitab Al-Maudhu'at itu Ibnul Jauzy telah menghimpunkan hadis-hadis palsu agar umat Islam berwaspada daripadanya.

    Saya cadangkan saudara memadam hadis di atas, kerana ianya akan menyebabkan pendustaan atas nama Rasulullah s.a.w.

    cerpendakwah01.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam,

    Terima kasih saudara Suhili Bin Nain. Semuga tuan juga diberi kesihatan yang baik.

    Sebelum itu, perkara ini akan saya rujuk pada orang yang tahu dalam hal ini. Kerana saya mengambilnya dari kitab Bidayatul Hidayah yang mana pengarang asalnya adalah Imam Al-Ghazalli Rahimahullah. Dan isinya telah disebarluaskan.

    Sangat menjadi keraguaan atas pandangan saudara kepada saya. Dan permintaan saudara akan saya usahakan agar perkara ini tidak menjadi fitnah ke atas ummat.

    Saya sangat berterima kasih atas nasihat saudara. Teruskan memberi nasihat. Sungguh nasihat adalah berguna kepada setiap muslim.

    BalasPadam

UJIAN MENAIP