Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Isnin, 11 Oktober 2010

Penangan Ketika Cinta Bertasbih

Sejam setengah saya menghabiskan masa menonton movie dari Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih.

Diadaptasi dari novel pengarang terkenal dari seberang, Habiburrahman El-Shirazy. Allah.. bagus jalan ceritanya.

Saya bukan tertarik dengan kisah memburu pasangan hidup, tetapi tertarik dengan jalan cerita yang digarap dengan penuh hati-hati berpandukan ilmu yang mantap.

Tahniah! saya ucapkan khas buat pengarangnya dan kepada krew-krew yang bertungkus lumus menyiapkan pembikinan filem ini.

Sampai saat ini, saya jadi teruja untuk menuntut ilmu dengan melihat kesungguhan watak Abdullah Khairul Azzam. Sehingga beliau berjaya menghabiskan pengajian.

Saya sungguh terharu. Pengorbanan seorang abang yang sangat besar. Menjadi ayah, abang serta anak yang baik untuk adik-adik dan ibunya.

Pengalaman adalah guru kepada kehidupan kita.



Teringat kata-kata watak Abdullah Khairul Azzam.

“..mungkin, orang mengatakan saya ini kolot, kampungan, nggak jamani, bahkan primitif sekalipun..saya tidak peduli..”

Ketika mempertahankan prinsip hidupnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dari ternoda. Serta menasihati Mbak Elyana.

Juga babak saat beliau bersyukur dengan kecemerlangan yang diperolehi, hati saya ikut sayu dan haru. Teriakan "ALLAHU AKBAR" itu membakar jiwa saya untuk menjadi berjaya seperti beliau.

Alhamdulillah, banyak saya belajar dari cerita tersebut.

Semoga Ketika Cinta Bertasbih memberi kesan yang baik dan mendalam kepada penontonnya. Pesan saya, ambillah pengajaran yang berguna.

2 ulasan:

  1. Ketika Cinta Bertasbih..namanya pun cukup indah ..Indah Lagi jika kita bertasbih ,memuji Allah,maka rasa cinta juga pada zikir 2 Allah..Ayat2 cinta sudah berlabuh tirai,Kiamat sudah dekat sudah mndekatkan kita dari Jahil kepada Islamik,kini Ketika Cinta Bertasbih terserlah dgn harapan moga Filem dpt mmberi pengjaran buat kita semua..

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam,

    Alhamdulillah. Seberang sana dah memulakan dan menjadikan medium perfileman sebagai salah satu jalan da`awah.

    Semuga disini juga akan mengambil jalan yang sama. Seganlah, asyik filem cinta, seram. Kena keluar untuk sebar da`awah pula.

    Insya-Allah, Allah akan mudahkan usaha mereka yang memang Ikhlas nak berda`awah melalui filem!

    BalasPadam

UJIAN MENAIP