Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Jumaat, 15 Oktober 2010

Hati Rindu

Hujung minggu adalah masa rehat bagi saya. Sebolehnya saya mahu berehat dengan cukup. Dan petang itu, saya berehat sambil mendengar nasyid.


Terkenang sebuah memori lalu..

Kisah persahabatan kita bersama..

Di dalam satu pengajian..

Menuntut ilmu dan pengalaman..

Mengingatkatku.. pengorbananmu..

Terpahat padu.. di qalbuku..


Teringat saya pada Pondok Baitul Qurra’, Melaka bersama rakan seperjuangan. Dalam program Tafakuh Fid-Deen. Allah rindunya.


Bersama Tuan Guru Ustaz Zulkifli bin Ismail serta teman seperjungan


Hati saya turut menyanyi.

Tamat satu nasyid, saya dengar nasyid lain.


Rindu itu adalah..

Anugerah dari Allah..

Insan yang berhati nurani..

Punyai rasa rindu..

Rindu pada kedamaian..

Rindu pada ketenangan..

Rindukan kesejahteraan..

Dan juga kebahagiaan..


Nasyid ini terus bermain-main di corong telinga.

Syahdu.. sehingga tamat. Lagu ini benar-benar mengingatkan saya masa-masa di kampus.

Saat ini saya benar-benar merindukan teman-teman seperjuangan di kampus. Saat-saat berjuang di kampus membela Islam agar sentiasa segar.

Biah solehahnya. Solatnya terjaga. Kebajikan pelajarnya terbela. Pengurusannya teratur. Peraturannya terpandu dengan Islam atas landasan Al-Quran dan Sunnah. Amalan-amalan sunat seperti Puasa Isnin-Khamis, Zikir Ma’tsurat, Qiamullail dihidupkan.

Dan saya tahu, ramai juga menyatakan kampus hanya dikaitkan dengan istilah “Retorik” bila kita buat perkara-perkara “Bid`ah” ni. Dan saya juga ingin menyatakan dengan tegas, ini adalah pendirian saya walau dianggap Retorik semata-mata.

Pada saya ini adalah pengalaman. Pengalaman yang termahal ketika bergelar Mahasiswa. Pengalaman yang mesti saya kutip. Mesti. Wajib. Dan semestinya Mahasiswa perlu sedar untuk turut mengutip bersama.

Itu kenangan semalam. Masa di kampus. Kini saya bukan mahasiswa. Saya bebas untuk menjalankan tugas dan amanah yang lebih besar. Demi memartabatkan Islam. Itu hala tuju hidup saya.

Baru-baru ini saya jumpa sahabat seperjuangan saya. Allah, rindu yang telah lama bergelonjak dalam hati ini tidak tertahan. Terus saya dapatkan mereka. Kami berdakapan, memeluk dengan penuh kasih saying dan mesra. Terasa hangatnya ukhuwwah, mengalir dalam darah.

Kami berbual tentang diri masing-masing. Dan suasana pagi itu kami isi dengan aktiviti bersarapan. Sarapan bersama. Roti canai Restoran Haji Tapah menunya. Alhamdulillah, rasanya nikmat yang Allah SWT berikan tidak putus-putus.

Ya Allah, Syukur Ya Allah..

Teringat pula rakan-rakan yang lain. Semuanya telah terbang. Jordan, Libya, Syria, Yaman, Madinah. Mengejar cita masing-masing. Kembali sebagai Ulama’. Insya-Allah. Saya akan sentiasa doakan mereka.

Khabarnya, mereka menempuh pengalaman baru yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Ikutkan rasa, mahu sahaja saya terbang bersama mereka. Bertalaqi dengan Masyaikh-masyaikh di sana. Bertalaqi dengan Ulama’, siapa yang tidak mahu. Semoga Allah beri kesempatan saya ke sana. Insya-Allah.

Apa-apa pun saya wajib meneruskan perjuangan di sini. Malaysia. Secebis perjuangan menghidupkan suasana Islam pasti mempunyai nilai di sisi Allah Azza Wa Jalla, jika kita benar-benar Ikhlas.

Ya Allah, sampaikan rindu hamba buat teman-teman seperjuangan..



Sedikit Doa Rabitah..

اَللَّهُمَ إِنَّكَ تَعْلَمْ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوبَ

قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ

وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ

وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ

وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيعَتِكَ

فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا

وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا

وَامْلأهَا بِنُورِكَ الَّذِى لاَ يَخْبُوْا

وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الْإِيمَانِ بِكَ

وَجَمِيلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَأَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ

وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِى سَبِيلِكَ

إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرَ اَللَّهُمَّ آمِينُ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيمًا كَثِيرًا

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN MENAIP