Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Sabtu, 25 Julai 2009

KERATAN AKHBAR

Nasib malang graduan China

Jutaan graduan di China yang berdepan dengan isu pengangguran bukan sahaja sukar mendapat pekerjaan, malah terpaksa bersaing untuk mendapatkan kerja yang tidak setaraf dengan kelulusan mereka.


KRISIS kewangan global memberi kesan buruk pada sektor pekerjaan di China.


TERDAPAT pelbagai tawaran bilik bajet rendah di universiti sekitar Beijing. Tawaran itu dibuat bagi memberi tempat berteduh sementara kepada graduan yang menganggur.

"Ia bukan persekitaran yang baik," jelas Qi Shaoguang, 22, graduan lulusan undang-undang dari daerah Henan, China sambil melihat susunan batu-bata yang buruk.

"Mereka yang memperoleh pekerjaan yang baik akan berpindah ke penempatan yang lebih elok," kata Qi yang berkongsi bilik seluas 100 kaki (30.5 meter) persegi di Xiaojiahe bersama rakannya yang menganggur.

Lokasi itu juga menjadi tumpuan individu yang masih belum mendapat pekerjaan.

Qi adalah antara 1.2 juta graduan kolej di China yang tekun mencari kerja yang mana sektor industri kebanyakannya lumpuh akibat krisis kewangan global.

Dia kini semakin bimbang sekiranya tidak mendapat pekerjaan secepat mungkin. Ini kerana tidak lama lagi, dia terpaksa bersaing dengan kira-kira 6.1 juta pelajar yang akan menamatkan pengajian pada musim panas ini untuk mencari pekerjaan.

Pada masa yang sama, sekumpulan pekerja profesional terpaksa diberhentikan. Situasi tersebut pasti akan menyumbang kepada peningkatan pengangguran dan kemiskinan di daerah itu.

"Pada tahun ini, isu mencari kerja menjadi satu keutamaan. Masing-masing kini sedang mencari bermacam-macam perkara untuk dilakukan bagi menyara hidup," ujar Qi yang turut mengalami masalah kesempitan wang seperti yang dirasai oleh pekerja asing yang bekerja di China termasuk kira-kira 20 juta penduduk di seluruh dunia.

Masalah graduan tidak memperoleh pekerjaan seolah-olah memberi amaran kepada kerajaan. Jika masalah ini tidak diatasi dengan segera, ia boleh mencetuskan keganasan dan konfrantasi.


SEMAKIN banyak graduan di China melakukan pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelulusan mereka.


Paling mencemaskan apabila jutaan pemegang ijazah yang sebelum ini berpendapat mereka mudah mendapat pekerjaan terpaksa bersaing untuk mendapatkan kerja yang bertaraf rendah.

Seorang pelajar tahun akhir di Hebei membunuh diri pada Februari lalu selepas kecewa tidak mendapat pekerjaan.

Hakikatnya, para graduan berusaha keras mencari kerja, namun tetap gagal dan ia menjadi antara punca pelajar universiti membunuh diri.

Perdana Menteri China, Wen Jiabao yang berkunjung ke beberapa universiti di Beijing pada Disember lalu memberitahu: "Kesusahan anda adalah kesusahan saya dan sekiranya anda bimbang, saya lagi bimbang."

Dalam pada itu, pihak berkuasa sentiasa bertungkus-lumus menyediakan insentif bagi mendapatkan syarikat agar mengambil pekerja baru serta menjanjikan subsidi kepada graduan yang berinovasi.

Biro Pekerja Beijing juga berjanji graduan tempatan akan mendapat sekurang-kurangnya satu tawaran kerja pada bulan akan datang. Sementara itu, kerajaan berusaha mengekalkan lepasan graduan menetap di bilik asrama universiti selama dua tahun sementara mereka mencari kerja.

Langkah tersebut dialami sendiri oleh Chen Ying, 25, pelajar pertukaran antarabangsa dari utara Inner Mongolia yang terpaksa berkongsi bilik dengan lepasan graduan dari sekitar Beijing Timur.

Selepas beberapa tahun mencari kerja, Chen memasuki sebuah bar untuk memohon kerja sebagai penyambut tetamu. Sambil menyedut minuman ringan di salah sebuah restoran makanan segera, Chen menyatakan dia sukar mendapatkan kerja tersebut kerana perlu berebut dengan graduan lain.

"Saya telah menghadiri lebih daripada 30 sesi temuduga dan menyediakan berdozen-dozen permohonan," ujar Chen yang masih menganggur tetapi memiliki motivasi diri yang tinggi dan mahir bertutur dalam bahasa Inggeris.


MUSIM panas ini bakal menyaksikan lebih banyak graduan terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan.


Menurut penganalisis ekonomi, kerajaan China mendapati masalah kesukaran mendapat pekerjaan ini disebabkan oleh krisis kewangan global.

Pada tahun 1998, kerajaan mendesak pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ekoran itu, data graduan di China meningkat empat kali ganda dalam tempoh 10 dekad. Bidang kerja berkemahiran terpaksa menyerap graduan-graduan itu walaupun perlu berhadapan dengan tekanan masalah gaji.

"Kehadiran lepasan graduan baru telah mencabar keseimbangan pasaran kerja," ujar Wang Zhiyong yang merupakan penyelidik di Akademi Sosial Sains China.

"Sebenarnya, masih terdapat banyak industri aras rendah. Bagaimanapun, kebanyakan syarikat menyatakan mereka tidak memerlukan graduan kerana mereka boleh melatih pekerja asing yang boleh dibayar gaji yang rendah sekali gus menjimatkan kos.

Bagi pekerjaan yang memerlukan kemahiran tertentu, media tempatan melaporkan graduan berlumba-lumba untuk mendapatkan jawatan sebagai pencuci dan pengasuh.

Sementara itu, pelajar yang memenuhi pesta kerjaya memberitahu, mereka bersedia berhadapan dengan gaji rendah dan dihantar oleh kerajaan untuk berkhidmat di kawasan perkampungan.


PIHAK universiti membenarkan graduannya yang menganggur terus tinggal di bilik asrama sehingga memperoleh pekerjaan.


Nampaknya kegelisahan masalah pengangguran menjadi perbahasan hebat dalam talian. Kini, kemarahan mereka dilaporkan semakin berkurangan.

"Graduan tidak termasuk dalam kumpulan utama yang boleh menggugat kestabilan sosial, selagi kita mengekalkan kenaikan ekonomi sebanyak lapan peratus," ulas Zhang merujuk kepada tanda aras minimum yang dapat menyerap lebihan pekerja.

"Memang benar, sebahagian graduan kini bekerja. Segelintirnya tidak kerana mereka tidak berusaha keluar mencari atau memohon pekerjaan secara dalam talian," ujar graduan logistik, Zhao, sambil menghirup mi sup di sebuah gerai kecil.

Seperti orang lain, Zhao pernah berputus asa ketika mencari pekerjaan yang baik dan dia tekad tidak mahu mengulangi kesilapannya menyertai sebarang demonstrasi dan bantahan.

"Bukan sahaja berbahaya menyertainya, tetapi ia tidak dapat mengubah apa-apa," kata Zhao. - Reuters

1 ulasan:

  1. http://formulaluarbiasa.com/recommends/joe154

    dptkan laporan dan teknik menjana wang di internet dgn PERCUMA! di sini..
    cepat rebut peluang utk mendpt ilmu pengetahuan cyber ini kerana percuma dan amat berguna utk kita;)

    BalasPadam

UJIAN MENAIP