Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Jumaat, 14 Ogos 2009

Penting Bagi Seorang Muslim

بسم الله الرحمن الرحيم

Hal Terpenting bagi Seorang Muslim

1 - Memiliki Iman yang Benar.
Meyakini bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT. Juga meyakini bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah SWT. Keyakinan ini tiada sedikitpun rasa berbelah bahagi dan hendaklah bersangka baik. Inilah kalimah Tauhid yang agung dan sebagai muslim kita hendaklah menurut tuntutannya.

2 - Akhlak yang Terpuji.
Hendaklah kita sebagai seorang Muslim mempunyai akhlak yang baik, mulia dan terpuji. Akhlak yang baik adalah akhlak yang mampu memberi impak yang baik kepada saudara muslim seterusnya menonjolkan Izzah Islam. Contohi Rasulullah saw kerana baginda adalah manusia yang paling baik akhlaknya (Qudwah Hasanah).

3 - Akal yang Lurus.
Akal yang lurus adalah cenderung pada al-Quran dan as-Sunnah. Latih otak supaya berfikir dengan mencari jalan untuk meyelesaikan masalah terutama masalah Ummah. Dan latih akal supaya mencari jalan bagaimana menerapkan amal Islami.

4 - Tubuh yang Sihat.
Hendaklah menjaga tubuh badan supaya sentiasa sihat dan bebas dari penyakit. Menyediakan masa 3 bulan sekali untuk ke Klinik atau Hospital untuk memastikan keadaan diri sihat. Jadikan 10 minit dalam sehari dengan aktiviti Kecergasan Diri (Senaman atau lain-lain).

5 - Rezeki yang Berkat.
Firman Allah SWT;
"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah an-Nisa': 100)
Carilah rezeki yang mana kerja tersebut boleh dimanfaatkan dalam dakwah.

6 - Beramal dan Mengisi Waktu dengan Kesibukan Bermanfaat.
Jauhi sikap membuang masa dengan perkara yang sia-sia sekalipun sesaat. dan Isilah ruang masa kosong dengan aktiviti baca al-Quran dan Tadabbur. Renungi pesanan ini, di kala malam bacalah al-Quran dan di kala siang kajilah maksud setiap KalamulLah di setiap penjuru dunia yang kita lalui, pasti akan menemui kebenaran-Nya.

2 ulasan:

  1. Salam!!! Terima kasih ingat-mengingati sesama sahabat.

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam,

    Terima kasih cikgu. Mohon nasihatnya selalu.

    BalasPadam

UJIAN MENAIP