Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Selasa, 20 Oktober 2009

KUIS: SELAMAT DATANG DAN SELAMAT KEMBALI

Ahlan Wasahlan,

Kepada adik-adik yang telah mengambil langkah kanan memasuki pintu gerbang bumi KUIS tercinta sebagai medan menuntut ilmu. Adik-adik adalah orang yang berani menempuh alam pembelajaran yang penuh dugaan hebat. Adik-adik adalah orang yang terpilih untuk menjadi pembela agama kelak walau apa jua bidang dan jurusan yang adik-adik ambil di KUIS nama singkatan bagi Kota Umat Islam Sedunia. Buktikan adik-adik dengan mendaulahkan Islam.


Selamat Kembali,

Kepada sahabat-sahabat yang telah kembali ke KUIS demi membuktikan kemegahan kita dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Bukan hanya cemerlang dalam akademik sahaja, malah cemerlang sahsiah. Kalian telah membuktikan pada generasi-generasi baru bahawa medan menuntut ilmu ini berjaya kalian tempuhi dengan sabar. Syabas!!


Pesanan,

Adik-adik perlu bersiap-siaga untuk menempuh kehidupan sebagai Mahasiswa Kelas Pertama!! Contohi senior yang membawa kemegahan Islam di tempat yang tinggi. Jadilah Mahasiswa yang yakin dengan kebenaran! Usah menjadi Mahasiswa lesu yang hanya menuggu dan melihat. Adik-adik adalah Pelapis Ummah.

Kepada senior-senior, berilah tunjuk ajar yang baik dan sempurna selayaknya gelaran kalian Mahasiswa Kelas Pertama. Adik-adik merindukan suasana yang tenang disaluti ketertinggian Islam. Islam Memimpin Mahasiswa. Sudah tiba giliran Islam Memimpin Dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN MENAIP