Dari Amir al-Mu'minin Abu Hafs 'Umar Ibn al-Khattab Radiyallahu 'Anh, katanya;
"Aku mendengar Rasulullah Sollallahu 'Alayhi Wa Sallam bersabda:
"Hanya segala 'amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan Rasul-NYA, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-NYA.
Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrahnya kepadanya itu"
Diriwayatkan hadith ini oleh dua orang Imam hadith iaitu Abu 'Abdullah Muhammad Ibn Isma'il Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari dan Abu al-Hussain Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi dalam kitab sahih keduanya, iaitu kitab yang amat sahih di antara segala kitab yang pernah disusunkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan