Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Khamis, 21 April 2011

Marilah Berdoa Bersama

Ya Allah,
Ampunilah dosa-dosaku,
Ampunilah dosa kedua ibu bapaku,
Ampunilah dosa saudara-saudaraku,
Ampunilah dosa jiran-jiranku,
Ampunilah dosa guru-guruku,
Ampunilah dosa rakan-rakanku,
Ampunilah dosa seluruh umat Islam,
Sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Allah Yang Pengampun, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
Ampunilah dosa-dosa kami sama ada atas sengaja atau tidak sengaja kami lakukan,
Ampunilah sebesar-besar dosa sehingga sekecil-kecil dosa yang pernah kami lakukan,
Ampunilah dosa-dosa kami sama ada kami lakukan terang-terangan mahupun yang sembunyi..

Allah…. Allah…. Tuhan kami,
Yang Maha Mendengar, Yang Maha Melihat, Yang Maha Mengetahui rintihan hati kami..
Ya Dzaljalali Wal Iqram…
Kami mengadu…
Kami mohon sudilah kiranya ENGKAU hapus dan lupuskan dosa-dosa kami..
Kami Mohon DaripadaMU daripada Rahmat PengampunanMU yang luas…

Allah………… Allah………………..
Allah……………………..
Bersihkanlah hati kami daripada penyakit nifaq…!
Bersihkanlah hati kami daripada penyakit nifaq……!!
Bersihkanlah hati kami daripada penyakit nifaq……….!!!
Hapuskanlah penyakit sifat mazmumah yang ada pada hati kami…
Hapuskanlah penyakit sifat mazmumah yang ada pada hati kami…. Ya Allah!
Gantikanlah ia dengan sifat Mahmudah .. Wahai Allah…
Tanamlah sifat Mahmudah dalam hati kami, bajalah ia supaya sentiasa segar dan mekar membuahkan akhlak yang mulia…
Wahai Allah Yang Maha Pengasih…
Terangilah hati kami dengar nurMU
Wahai Allah, Tuhan kami Yang Maha Gagah lagi Perkasa!! Tanamkan Iman dan Taqwa kami kepadaMu dengan tanaman dan pasakan yang kukuh lagi kuat !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN MENAIP