Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Rabu, 14 September 2011

Nikah : Berbahagialah!

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العلمين
والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وذرياته وصحبه اجمعين


Alhamdulillah,

Setelah melalui fasa-fasa perkenalan yang diatur keluarga, akhirnya aku bernikah atas restu keluarga. Semoga kebahagian ini kekal hingga ke syurga. Insya-Allah.



Teringat aku beberapa minit tadi berjabat tangan dengan Tuan Imam juga juru nikah. Majlis Ijab Qobul itu sempurna sekali. Hatiku bergetar hebat sekali.

Relung Hatiku Dipenuhi Rasa Bahagia.

Tahniah!
Itulah ucapan yang ku terima dari orang disekitarku. Ku pandang wajah isteri yang tersenyum malu.

"Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma, wa jama`a bainakuma fii khoir"
"Amiin" sebutku dalam hati.

Kamu adalah Hadiah dan Amanah daripada Allah,
Wahai Isteriku..
Terasa satu tanggungan yang besar di bahuku. Segalanya yang isteriku juga bakal anakku lakukan kelak, tertanggung di bahu.

"Ya Allah, bantulah daku menghadapi hari-hari mendatang"


#######################


Ringkas sekali kisah sahabat saya.

Terdetik dalam hati saya untuk menamatkan zaman bujang. Saya doakan semoga bahagia hingga ke syurga. Amiin.

Untuk itu saya perlu persiapan rapi,

Ilmu Agama.
Ilmu asas bagi kehidupan yang panjang. Perlu belajar Ilmu Fardu Ain. Akidahnya (Tauhid), Syariatnya (Feqah), Akhlaknya (Tasawuf). Supaya menjadi seorang yang yakin bagi mengurus kehidupan berkeluarga.

Beramal dengan Ikhlas.
Menghidupkan Sunnah Harian Rasulullah. Terutama Dalam Amalan Fardu. Solat Jamaah, Baca Al-Quran, Qiamullail, Sedekah, Dzikir Ma'tsurat, Puasa Sunat, dan sebagainya.

Bekerja.
Berkerja bersungguh-sungguh. Hasilkan nilai mutu kerja terbaik. Pastikan sumber pendapatan terhindar dari perkara syubhah apatah lagi haram.

Berdoa.
Banyakkan berdoa sesuatu kebaikan. Minta pada Allah dengan rendah hati dan bersungguh-sungguh.

Belajar Mengurus.
Perkemaskan diri dengan pakaian sempurna, Akhlak yang Mulia, Menjaga Aurat.

Ya Allah, dengan izin-MU permudahkan urusan ini.

2 ulasan:

  1. Wa'alaikumussalam,

    terima kasih atas ziarahmu sahabatku saudaraku. Semoga beroleh Rahmat dan Barokah Ilahi. Inysa-Allah

    BalasPadam

UJIAN MENAIP