Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Isnin, 12 Januari 2009

Persaudaraan Kita

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العلمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

Alhamdulillah pertama dan selamanya kita merafaqkan syukur kita pada empunya dunia iaitu Allah SWT. Bersyukurlah kita sebagai ummat Muhammad saw. Diberi nikmat Iman dan Islam. Dicipta sebagai manusia yang berakal. Bukan dicipta sebagai haiwan. Dan kita wajib bersyukur dengan NikmatNya.

Hari ini, Mufti Besar dari Damsyik, Syria iaitu Syeikh Dr. Abdel Fattah telah datang ke bumi KUIS. Kehadiran mereka adalah atas dasar kecintaan mereka terhadap saudara-saudara mereka di bumi KUIS yang bertuah ini. Buktinya, apa yang Mufti itu bicarakan hari itu adalah mengenai persaudaraan. Persaudaraan muslim dengan muslim. Kita sebagai muslim bersaudara dengan muslim yang lain tanpa mengira bangsa, pangkat, keturunan, warna kulit mahu pun sempadan geografi.

Itulah keindahan dan kecantikan dalam Islam. Muslim adalah saudara darah daging kita. Buktinya kita lahir dari rahim bonda kita iaitu Hawa yang menjadi isteri Adam. Asal kita daripada satu Nutfah bapa kita iaitu Nabi Adam AS. Kita daripada satu keturunan. Malah, kita juga ada hubungan Insaniyyah terhadap orang-orang bukan Islam.

Bagaimana kita boleh biarkan saudara kita dalam kesusahan. Rasakan pertalian kita dengan mereka. Kesusahan mereka, adalah kesusahan kita. Penderitaan mereka, penderitaan kita. Kesedihan mereka, kesedihan kita. Letakkan diri kita di tempat saudara kita. Supaya rasa susah senang kita bersama.

Betapa sedih melihat anak-anak muslim kita yang menjadi mangsa penindasan sistem yang dicipta barat dan yahudi? Dalam sistem pendidikan, kita hanya ditekan untuk skor A. Kalau tak skor kita di anggap tak pandai. Tapi, cuba kita ingat. Kebanyakan cerdik pandai masa kini tidak mampu untuk menyumbang kelebihan ilmunya untuk perkembangan Islam.

Dalam sistem perundangan kita, orang yang bersalah mudah terlepas daripada hukuman. Wujud ketidakseimbangan dalam sistem perundangan. Dalam sistem pentadbiran juga, menampakkan kelemahan dalam pentadbiran. Pentadbiran yang tidak telus. Wujud Masalah dan Gejala seperti Rasuah, Sosial, Dadah, menjadi-jadi dan semakin buruk. Kita dalam bahaya.

Kita yang punya kesedaran perlu bangkit menentang sistem yamg rosak ini. Percaya atau tidak, kebanyakan kita susah untuk bergerak kerana sistem laknat yahudi dan sekutunya. Sudah sampai masanya kita menentang sistem ciptaan manusia. Gantikan dengan sistem yang Allah SWT tetapkan. Itulah yang terbaik.

Kita perlu buat sesuatu untuk saudara kita, untuk agama kita dan paling penting untuk kita juga sebenarnya. Buatlah sesuatu kerana Allah SWT. Demi saudara, agama, dan demi kembalikan Khalifah untuk negara Islam. Daulah !!! Daulah Islamiyyah !!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN MENAIP