بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العلمين
الحمد الله رب العلمين
Betapa indahnya sepanjang seminggu ini di KUIS. Manakan tidak.. Memang setiap hari Isnin dan Khamis ada Program Iftar Jamaie di Masjid tercinta Al-Azhar dan minggu ini sibuk dengan sambutan hari Asyura pada 10 Muharram pada hari Rabu. Dan kita digalakkan puasa pada 9 dan 10 Muharram.
Maka tiadak dapat tidak, 4 hari berturut-turut di KUIS mengadakan Iftar untuk hari Asyura dan Iftar Jamaie. Indah suasana sebabnya pelajar-pelajar KUIS menyambut Asyura dengan penuh penghayatan. Masing-masing berpuasa pada hari tersebut.
Masjid Al-Azhar KUIS diimarahkan.. Betapa besar rahmat Allah SWT pada hari tersebut. Saat permulaan ini bermula dengan baik dan Insya Allah, yakinlah pada masa-masa akan datang akan menjadi lebih gembira.. Suasana Masjid dihidupkan. Masjid menjadi tunjang Perpaduan Ummah, tempat penyebaran Syiar Islam, tempat yang Berkah.
InsyaAllah,
Wahai saudara-saudaraku di KUIS
Minta kita sama-sama menghidupkan suasana masjid kita
"salah satu golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak adalah golongan pemuda yang hatinya terpaut pada masjid"
itulah yang kita mahu sebenarnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan