بسم الله الرحمن الرحيم
Hidup ini adalah amanah Allah SWT
Buktinya kita diminta mendaulahkan Islam
Itulah amanah kita
Itu jugalah ketakutanku
Menjaga Amanah Malikul Haq
Amanah yang berat
Amanah yang akan dibentang kelak
Yakinlah,
Allah membantu
Dan terus membantu
Dalam ketabahan menongkah arus dunia
Sambil membawa amanah
Allah uji dan uji dan uji
Lagi, lagi dan lagi..
Sehingga kita rasa sesuatu yang tidak pasti..
Sampai bila??
Itukah persoalan dibenak kita,
Bila itu difikiran,
Yakinlah kita
Sebenarnya kita belum cukup teguh
Teguh dengan keyakinan pada Allah SWT
Namun timbul satu kekuatan
Namaya Ikhlas,
Tetapi Allah terus menguji..
Memastikan kebenaran Ikhlas !!
Ketakutanku semakin memuncak..
Bilamana Allah uji dengan satu ujian kecil sebenarnya,
Melihat keteguhan hati..
Apakah kita kan terus bersama dengan keikhlasan itu..
Dalam perjuangan ini..
Apakah Ikhlas itu sentiasa bersama??
Terus bersama..??
Ya Allah,
Ampuni Hamba..
Hamba tidak kuat untuk melaksanakan amanah-Mu
Bantulah Hamba..
Bantulah Hamba..
Bantulah Saudara seperjuangan Hamba..
Ya Allah,
Andai ini yang doa terakhir dalam hidupku..
Maka kabulkanlah,
Ampuni dosa-dosa Hamba selama Hamba melakukan salah
Berlaku tidak amanah dalam urusan-Mu,
Hanya Engkau sahaja yang mengampuni aku,
Hanya Engkau sahaja yang tidak pernah mensia-siakan aku,
Kepada Engkau aku berserah diri..
Kepada Engkau aku memohon petunjuk dan meminta pertolongan..
Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan