Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Rabu, 20 Mei 2009

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum..

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Ukhuwah Fillah,
Ikhwah Akhawat,

Semoga dalam Rahmat dan Barakah Allah SWT..
Ahlan Wasahlan kepada adik-adik baru.
Dan selamat kembali kepada sahabat-sahabat senior yang lain ana ucapkan!

Tahniah !!


Adik-adik yang berani dan berjaya mendaftarkan diri ke KUIS. Berani untuk menyahut cabaran sebagai pelajar yang bergelar Mahasiswa. Masa muda adik-adik sekarang ni teramat penting. Adik-adik akan mencorak masa depan negara. Kita adalah pemuda-pemudi yang akan menerajui kepimpinan negara Islam di bumi Malaysia dan seterusnya membawa Islam ke serata dunia. Dan dari KUIS kita perlu bentuk peribadi kepimpinan ini supaya apabila kita keluar nanti, kita boleh membawa diri berdepan dengan masyarakat yang memerlukan kita.

Adik-adik berjaya memasuki KUIS. Sahabat-sahabat kita bagaimana? Masih ada yang tertunggu-tunggu. Betul tak!? Bersyukurlah kita kepada Allah SWT yang telah memberi Rahmat dan Barakah kepada kita. Dalam beratus-ratus orang yang memohon, adik-adik yang berjaya. Harapan ana, kita akan berjuang bersama-sama membina Biah Solehah di bumi KUIS ini. Kita bersama-sama menampakkan Izzah Islam di KUIS. Ana yakin dan percaya, kehebatan kita hanya terlaksana apabila kita mengutamakan dan menegakkan Islam di bumi KUIS.

Ikhwah Akhawat,
Adik-adik yang dirahmati Allah SWT..

Persediaan penting


Persediaan untuk belajar
Mohon restu ibubapa. Bercinta dan beramal dengan ilmu. Mencintai guru dan menghormati dan mengasihi sahabat-sahabat. Ingat,kita belajar bukan untuk exam. Matlamat pembelajaran tidak tercapai.

Persediaan praktikal
Masuk persatuan yang aktif seperti ALAM. Ikut program persatuan. Komited dengan gerak kerja persatuan. Semua ini untuk adik-adik aplikasikan bila adik-adik berdepan dengan masyarakat. Insya-Allah. Yakin dan percayalah, kita akan aplikasikan apa yang kita dapat di bumi KUIS ini dalam masyarakat.

Hidup menongkah arus dunia, melawan nafsu durjana. Kita perlu kuat. Sekarang ana nampak adik-adik masih lagi bersemangat untuk menempuh hari-hari mendatang sebab dugaan masih kecil selebar dua jari. Setakat petik jari je masalah selesai. Itu yang adik-adik rasakan sekarang. Tapi ingat adik-adik, antum antunna tidak boleh terleka dibuai mimpi zaman sekolah. Zaman yang masih boleh kita gelak ketawa. Sekarang zaman bergerak bekerja untuk kebangkitan Ummah. Mengembalikan hak Daulah Islamiyyah.

Adik-adik,
Ikhwah Akhawat,

Antum antunna esok dibangkitkan di yaumul kiamah. Ketika itu penyesalan demi penyesalan. Ketakutan demi ketakutan. Tiada lagi penipuan, pembohongan. Yang ada hanya kebenaran dan keadilan yang sekarang kita selalu perlekehkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN MENAIP