Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Sabtu, 12 Mac 2011

KISAH HABIL DAN QOBIL

Maksud Suroh al-Maidah : 27 - 32

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.

Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam.

Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli Neraka dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim.

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.

Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.













Maha Benar Allah Dalam Segala Firman-NYA.

Mudah-mudahan Allah Kurniakan Petunjuk serta Ikhlas dan terus Istiqomah dalam beramal soleh kepada-NYA untuk kita semua. Amiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN MENAIP