Halaman

لا اله الا الله محمد رسول الله

Photobucket
Photobucket


BUMI BAROKAH..

YA ALLAH,
IZINKAN DAKU JEJAKKAN KAKI DI BUMI INI..



Dzikrul Maut

PERINGATAN BUAT DIRI AGAR SENTIASA BERSEDIA !!
SENTIASA BERSEDIA
BERSEDIA
DAN TERUS BERSEDIA..

SIFAT MAHMUDAH

Doa Sempena Romadhon

10 PERIBADI MUSLIM

1) AKIDAH YANG SEJAHTERA
2) IBADAH YANG SAHIH
3) AKHLAK YANG MANTAP
4) BERPENGETAHUAN LUAS
5) TUBUH BADAN YANG SIHAT
6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU
7) BERDIKARI
8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA
9) SANGAT MENJAGA WAKTU
10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN



Ya Allah Berilah Kami Petunjuk-MU Dan Jadikanlah Kami Hamba-MU Yang Beriman, Bertaqwa,Beramal Soleh

Khamis, 1 Januari 2009

Azam Baru

بسم الله الرحمن الرحيم

Tabir 1430 Hijrah bermula,
Tabir 2009 Masihi menyusul,


Mulakan hari-harimu dengan senyuman dan beriltizam dengan azam,
InsyaAllah berjaya !



Setiap daripada kita punya azam baru yang saya kira ia sebagai batu loncatan pada diri kita, apa yang perlu ditekankan adalah sejauh mana kita dapat mencapai azam tersebut.

Untuk itu, saya ada beberapa tips untuk dikongsi, juga untuk pelaksanaan azam
kita. InsyaAllah!


TIPS UNTUK MENCAPAI CITA-CITA

Pertama,
Kita perlu tetapkan matlamat yang jelas.

Matlamat yang jelas. Contohnya kita berdoa minta dipermudahkan rezeki. Rezeki Allah Subhanahu Wa Ta`ala adalah dalam bentuk yang berbagai dan umum. Begitu juga matlamat. Khususkan apa yang kita mahu.

"Dan sejauh mana kita nak pastikan matlamat kita jelas?"
"Senang je"
"Tengok contoh ni"

Kita nak kereta, tapi kita tidak tahu nak kereta apa, modelnya apa, jenis apa dan sebagainya.

"Sekarang fahamkan, sila mencuba"

Sedikit pesanan matlamat tak boleh ikut kehendak nafsu.


Kedua,
Kita mesti mampu mencapai cita-cita kita.

Azam dan cita-cita perlu seiring dengan usaha. Tanpa usaha bagaimana untuk kita mencapai jika tidak berusaha. Sebagai contoh, kita nak "score" A dalam matapelajaran. Tapi tanpa usaha, adakah Allah Subhanahu Wa Ta`ala nak beri A dalam subjek tersebut? Tanpa sebarang usaha? Selain itu, usaha juga perlu dihiasi dengan Tawakal `Alallah. Banyakkan berdoa setelah berusaha supaya "A" yang kita dapat di berkati.

"Macam mana caranya?"
"Macam ni"
"Letakkan impian kita di pucuk yang paling tinggi, kerana sekalipun kita terjatuh, kita masih mencapai dahan yang di atas dan kita boleh usahakan untuk memanjat semula mencapai impian itu"

Sedikit pesanan, tak boleh berangan sahaja. Kena usaha, InsyaAllah berjaya! Yakinlah!


Ketiga,
Pastikan kita tidak terkeluar daripada 'trek' rancangan kita.

"Ha, macam mana ye??"
"Macam ni"

Susun kerja, bentukkan fasa. Setiap fasa mesti ada tempoh tertentu untuk disiapkan supaya kerja bergerak lancar dan licin. Ikut rancangan sekalipun banyak dugaan. Namun perlu ada pelan rancangan tambahan supaya sentiasa ada dalam "trek".

Kita mesti buat suatu panduan untuk menjadikan azam kita berjaya. Dan kita tak boleh keluar daripada panduan (rancangan) tersebut.


Pada pandangan saya, azam ini perlu di perbaharui dan diperbaiki serta dinilai pada setiap hari.

Sebagai renungan.

"Orang yang celaka adalah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam"

"Orang yang rugi adalah orang yang hari ini sama dengan semalam"

"Orang yang beruntung adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam"


kita perlu ada azam dan gerak kerja untuk azam tersebut
dan sebagai renungan.

"Orang yang paling baik adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan diri sendiri"

Setiap manusia tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa,
Maka hendaklah kita selalu muhasabah.


وبالله توفق والهدية

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN MENAIP